Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:13 0

ORIENTAL Metal Industries (M) Sdn Bhd (OMI) sudah bersedia untuk dimartabatkan sebagai pengeluar roda bersepadu tahap satu terbesar di negara ini dengan pelaburan bagi kilang pengeluaran roda aloi terbarunya bernilai RM103 juta di Rawang, Selangor.


Pelaburan itu adalah sebahagian daripada rancangan strategik syarikat induk OMI, MBM Resources Berhad (MBMR) untuk meluaskan segmen pengilangan automotif, sekali gus menjadikan kumpulan itu sebagai pemain utama dalam industri automotif negara dan rantau ini. Pengarah Urusan MBMR, Looi Kok Loon berkata, pengeluaran roda aloi adalah langkah sewajarnya bagi OMI yang mengeluarkan roda keluli sejak 1985.




“Permintaan terhadap roda aloi yang bermutu tinggi pada harga berpatutan dan pemasang kereta di negara ini semakin meningkat. Roda aloi buatan tempatan sebagai alternatif kepada roda import yang biasanya berdepan kepada pelbagai isu seperti turun naik mata wang, kualiti produk dan penghantaran,” katanya pada majlis perasmian kilang itu, baru-baru ini.


MBMR menguasai 78 peratus pegangan dalam OMI manakala rakan kongsi teknikalnya, Central Motor Wheel Company Limited dari Jepun (CMW), memiliki ekuiti 19 peratus. Baki saham tiga peratus dipegang oleh Toyota Tsusho Corporation.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button