Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:14 0

KEPUTUSAN berhubung pemilik baru kepentingan 42.7 peratus Khazanah Nasional dalam Proton Holdings Bhd dijangka diketahui awal minggu ini dan timbul kebimbangan mendalam di kalangan peserta industri bahawa langkah itu akan mempunyai kesan kepada perkembangan industri automotif negara.


Sumber industri berpendapat, pemegang saham baru seharusnya mendapatkan sumber luar bagi pembuatan bahagian dan komponen untuk kenderaan Proton. Ini dilakukan oleh Proton sejak ia ditubuhkan, sekali gus berjaya menggerakkan kerancakan industri bahagian automotif di dalam negara.




“Antara kebimbangan utama termasuk program vendor. Sekiranya pemegang saham baru ini mempunyai unit pembuatan membabitkan bahagian dan komponen pembuatan, mereka sepatutnya melepaskan unit ini atau tidak patut terbabit dalam bidang ini untuk kenderaan Proton,” katanya. Sumber lain pula berkata, Proton sebagai satu jenama Asia, memerlukan seseorang yang berpengetahuan mendalam mengenai perniagaannya dan bukan setakat hanya memiliki keupayaan daripada segi kewangan.


“Ia adalah projek kereta negara. Proton perlukan satu sentuhan peribadi dan kita mesti betul-betul faham sifat perniagaan Proton,” katanya sambil menambah pemegang saham baru itu mestilah mempunyai rancangan pengembangan untuk pasaran eskport Proton.




Sumber-sumber industri berkata, pemegang saham baru perlu mempunyai kapasiti bukan sahaja memulihkan prestasi kewangan Proton, tetapi membawa syarikat nasional itu ke puncak lebih tinggi. - Bernama






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button