Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:25 0

PENGEDAR beras, makanan dan minuman tempatan, Talented Pro Network (TPN) menyasar perolehan sehingga RM6 juta setahun apabila disokong perluasan produknya ke pasar raya besar seluruh negara tahun ini.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Nazli Mokhtar berkata, antara produk edarannya adalah beras wangi diimport dari Kemboja berjenama Desa, Kemboja dan Sera, produk kopi ekstrak herba tunjuk langit dan ubi jaga, Talent, minuman berkarbonat ‘Sky Fresh’ dan minuman mineral.




“Syarikat kami mula memasarkan produk beras pada November 2010 dengan memasuki 26 pasar raya Tesco di seluruh negara, selain pasar raya besar lain seperti Carrefour, Giant dan Econsave. “Melihat sambutan pasaran memberangsangkan, kami mengeluarkan produk minuman ringan dalam empat perisa iaitu soda, oren, anggur dan buah campuran yang dikilangkan di Perlis,” katanya.


Menurutnya, syarikatnya mengukuhkan jenamanya dengan melakukan aktiviti pengiklanan dan promosi lebih agresif bagi memperkenalkan rangkaian produknya di pasaran.




“Bagi produk kopi Talent, kami berminat mencari wakil jualan di seluruh negara bagi menceburi perniagaan usahawan kecil sebagai pengedar. Harga jualan bagi sekotak yang mengandungi 20 peket kopi itu adalah RM24.




“Kopi ini melalui kajian dan penyelidikan universiti, TPM Biotech Sdn Bhd dan dibuktikan khasiatnya bagi merawat kencing manis, keletihan, gout serta darah tinggi,” katanya yang boleh dilihat di http://newuksprod.blogspot.com.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button