Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:24 0

MONITOR Cinema 3D tanpa cermin mata LG Electronics (LG) model D2500 diumumkan sebagai yang pertama di dunia diperakui Underwriters Laboratories (UL) untuk keselamatan produk, sekali gus memperkukuhkan keterajuan LG dalam segmen produk 3D tanpa cermin mata.


Presiden dan CEO, LG Home Entertainment Company, Havis Kwon berkata, dengan perakuan itu, LG terbukti akan menerajui pasaran segmen 3D tanpa cermin mata.




“D2500 juga menerima sijil pengesahan daripada lima ujian berbeza yang dijalankan UL termasuk karekteristik warna 2D, karakteristik warna 3D, kontras 3D, 3D Crosstalk dan sudut pandangan vertikal 3D,” katanya pada majlis penyampaian sijil di Las Vegas, baru-baru ini.


UL adalah badan terkemuka antarabangsa yang memberi perakuan mengenai keselamatan dan kualiti produk elektronik.




D2500 menggunakan teknologi Parallax Barrier yang mencipta ilusi kedalaman berasaskan siri halangan cahaya yang diletakkan di depan panel LCD, seterusnya memastikan mata kiri dan kanan nampak imej berlainan.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button