Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:24 0

AMINVESTMENT Bank Group berharap menutup tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Mac 2012 dengan mencatatkan RM30 bilion dalam jumlah aset di bawah pengurusan, bagi dana AmMutual dan AmIslamic.


Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Pengurusan Dana, Datin Maznah Mahbob berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, aset di bawah pengurusannya berjumlah RM27 bilion.




“Dana bond tertutup tiga tahun menawarkan pendapatan tetap untuk pelabur yang mencari kestabilan pendapatan dalam persekitaran pasaran pelaburan tidak menentu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan AmConstant Flexi, dana ke-13 di bawah siri AmConstant,” katanya.


Menurutnya, AmConstant Flexi mempunyai ciri-ciri sama dengan dana AmConstant, tetapi fleksibiliti AmConstant Flexi membolehkan pembayaran balik awal bagi separa modal kepada pelabur sebelum tarikh matang.




“Pelabur boleh menerima hasil bon termasuk jumlah prinsipal dan merealisasikan keuntungan bila-bila masa apabila bon dalam pegangan dana mencapai 15 peratus pulangan kumulatif sebelum tempoh matang, tertakluk kepada budi bicara pengurus pelaburan," katanya pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.




Katanya, dana itu melabur sekurang-kurangnya 95 peratus daripada nilai aset bersihnya dalam sektor bon domestik dan/atau asing, dengan strategi untuk membeli dana bon yang biasanya mempunyai tempoh matang lebih pendek atau serupa dengan matang dana.



Katanya, bagi setiap dana bon dilancarkan, pulangan sekurang-kurangnya lima hingga enam peratus setahun disasarkan.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button