Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:08 0
MELAKA: Jabatan Imigresen Melaka menahan tujuh pendatang tanpa izin dalam satu operasi di Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Batu Berendam, di sini, awal pagi tadi.
Pengarahnya, Kamalludin Ismail, berkata mereka terdiri daripada lima lelaki warga Bangladesh dan dua rakyat Nepal berusia antara 20 dan 45 tahun.

Kesemua mereka ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi pada jam 4.30 pagi itu, seramai 71 warga asing diperiksa.
"Ketika pemeriksaan dilakukan, kesemua warga asing tersebut sedang sibuk bekerja dan melayan pelanggan namun mereka kemudiannya bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran pegawai imigresen," katanya.
Kamalludin berkata, serbuan dilakukan susulan aduan orang ramai mengenai kehadiran ramai warga asing di kawasan tersebut. - BERNAMA





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button