Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:26 0

Perdana Menteri pengerusi mesyuarat ke-8 NCIA


19/01/2012 5:10pm


PUTRAJAYA 19 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat ke-lapan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di bilik mesyuarat di pejabatnya di sini petang ini.


Mesyuarat itu turut disertai oleh Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; MB Perlis, Datuk Seri Dr Md. Isa Sabu dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, serta agensi dan pihak swasta yang berkaitan.


Mesyuarat berlangsung selama kira-kira setengah jam sebelum disusuli dengan Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Program-program Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).


Ia membabitkan pertukaran dokumen perjanjian antara agensi dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri, disaksikan oleh Perdana Menteri. - BERNAMA


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button