Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.
Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts
Alyah Mohon Maaf, Tiada Hasrat Untuk ‘Banned’ Media

1
http://cerciterpanas.blogspot.com


Penyanyi yang popular dengan lagu berjudul ‘Kisah Hati’ dan ‘Tak Mungkin Kerana Sayang’ sekali lagi dihimpit kontroversi apabila isunya yang sebelum ini dikatakan berkahwin secara senyap masih lagi tidak reda, timbul pula spekulasi yang mengatakan bahawa dia begitu berkecil hati dengan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Read More
Tasha Shila jawab isu hubungan sulit dengan VIP dan Arak

0

PETALING JAYA: Belum pun reda isu pelakon Tasha Shilla dituduh berkelakuan liar dan menari ghairah di kelab malam sebelum ini, aktres muda ini sekali lagi dipalit kontroversi yang mendakwa kononnya dia kini menjalin hubungan dengan seseorang berstatus VIP pula.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, berkata jika benar dia menjalin hubungan dengan individu berstatus VIP, justeru dia tidak perlu menceburi bidang lakonan dan bekerja keras untuk menaikkan taraf kehidupannya.

Read More
no image

0

Sebetulnya kami juga masih kabur dengan perkara ini. Seorang yang tidak dikenali telah mencipta satu akaun Twitter dan menghebahkan pada umum yang penjaga gol kebangsaan yang juga berada pada tahap selebriti, Khairul Fahmi Che Mat dikatakan telah putus perhubungan dengan Dahlia Teck dan menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Leuniey.

Anda mungkin menganggap ini sebagai satu perkara biasa, cuma yang luar biasa di sini mungkin, ialah gadis bernama Leuniey ini merupakan tunangan orang yang baru bertunang hujung bulan Disember 2011. Leuniey dikatakan telah memutuskan pertunangan pada 14 Januari lepas untuk bersama dengan Khairul Fahmi Che Mat. Perkara ini juga katanya telah heboh di bandar Kota Bharu, Kelantan.

Untuk membaca sendiri tweets dari pereka akaun Twitter, anda boleh klik di sini. Menurut MahsiH2, dia hanya ingin menunjukkan siapa sebenarnya Khairul Fahmi yang dakwanya, seorang ‘player’. Kami telah mendapat info tidak sahih yang pertunangan Leuniey berlangsung 29 Disember 2011 dan sumber info telah memberikan gambar ini:
http://cerciterpanas.blogspot.com

Kalau betul, cantik juga orangnya. Seperti biasa, ini hanya gosip. Anda tidak perlu percaya 100%. Mungkin juga Leuniey ini sekadar…ahem…adik angkat Khairul Fahmi sahaja.
Read More
Miera Leyana Tawar Hati Untuk Berbaik Semula Dengan Shahrizal Jaszle

0


PETALING JAYA: Pelakon Miera Leyana menganggap hubungannya dengan Shahrizal Jaszle yang baru berusia lima bulan itu berada pada tahap kritikal apabila pelakon lelaki tersebut didapati telah berlaku curang terhadapnya.

Miera berkata dia memperolehi bukti terhadap kecurangan Shahrizal sehingga menyebabkan pintu hatinya tertutup untuk berbaik semula dengan aktor filem Azura 2012 itu.

“Saya selesa bersendiri dan berenggang dengan Shahrizal buat masa ini. Saya mendapati dia tidak berlaku jujur dan curang terhadap saya.
Read More

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button