Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

09:42 1
http://cerciterpanas.blogspot.com


Penyanyi yang popular dengan lagu berjudul ‘Kisah Hati’ dan ‘Tak Mungkin Kerana Sayang’ sekali lagi dihimpit kontroversi apabila isunya yang sebelum ini dikatakan berkahwin secara senyap masih lagi tidak reda, timbul pula spekulasi yang mengatakan bahawa dia begitu berkecil hati dengan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

http://cerciterpanas.blogspot.com

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini, kami telah bertemu secara eksklusif bersama Alyah semasa proses rakaman Raya Hijabista TV9 dan ditemani pengurusnya untuk mendapatkan kisah sebenar di sebalik kontroversi ini.

“Alyah sebenarnya tidaklah sampai hendak banned mana-mana media mengenai hal yang telah berlaku ini. Cuma Alyah sedikit kecewa dan terkilan kenapa kenyataan itu dikeluarkan sedangkan Alyah tidak pernah memberikan komen apa-apa kepadanya. Alyah sedar mungkin Alyah juga salah tetapi janganlah menghukum Alyah sebegini kerana ini merupakan benda yang agak berat Alyah perlu tempuhi sepanjang bulan yang mulia ini. Sebelum ini, isu baju dan pereka fesyen, dan tahun ini kisah lain pula, Alyah sebenarnya penat untuk bercakap mengenai benda-benda yang sebegini.”

http://cerciterpanas.blogspot.com

“Apabila kejadian ini berlaku, Alyah benar-benar terpinga kerana Alyah rasa tidak ada masalah dengan mana-mana media, dan di kesempatan ini juga Alyah tidak ada masalah untuk meminta maaf sekiranya benar kesalahan itu datang dari diri sendiri.”

“Siapalah Alyah untuk banned mana-mana media kerana sepanjang bergelar artis dan sehingga dikenali sekarang disebabkan media banyak membantu, oleh itu tiada sebab untuk saya banned mana-mana media,” katanya sayu.

http://cerciterpanas.blogspot.com
http://cerciterpanas.blogspot.com

Dia yang begitu terkejut apabila artikel mengenai dirinya yang dikatakan di ‘banned’ media benar-benar membuatkan dirinya berkecil hati dan berkemungkinan boleh menjejaskan kerjaya dan periuk nasinya sebagai penyanyi.

“Agak terkejut dan memeranjatkan, bukan apa benda yang saya sendiri pun tidak tahu punca dan asalnya. Memanglah Alyah tidak nafikan bahawa artikel itu mempunyai tanda soal (?) tetapi secara tidak langsung apabila seseorang itu membaca artikel tersebut ianya boleh memberikan impak yang negatif terhadap Alyah dan ini juga boleh menjejaskan kerjaya saya. Alyah agak berkecil hati kerana seolah-olah penulisan itu seperti dia bercakap tentang Alyah dan itu seperti satu tuduhan dan yang menulis itu menulis dengan perasaan dan bukan dalam keadaan dia bekerja,” ujarnya dengan penuh syahdu.

http://cerciterpanas.blogspot.com

Justeru itu, Alyah dan pihak pengurusannya tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana baginya ini akan lebih mengeruhkan lagi suasana pada bulan yang mulia ini. Ucapan maaf dipinta dari Alyah serta pengurusannya di atas apa yang telah berlaku.

“Saya dengan berbesar hati beserta pihak pengurusan saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang berkenaan sekiranya sebelum ini saya terkasar bahasa atau apa-apa sahaja yang mengguris hati anda. Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana bagi saya benda ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih efektif,” katanya.

Sementara itu, mengenai hubungannya dengan komposer terkenal tanah air, Datuk Ramli M.S, dia enggan mengulas mengenai hal itu kerana biarlah pihak sebelah sana pula memberikan kenyataan.

Sumber:Rotikaya

1 comment:

  1. Harrah's New Orleans Casino & Hotel - JTM Hub
    New Orleans Casino & Hotel. 15 진주 출장안마 Casino 김해 출장샵 Drive, New Orleans, LA 안양 출장샵 70130. United 김포 출장안마 States. Phone: 860-732-4700 or 제천 출장마사지 860-732-4700

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button