Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

10:08 0
http://cerciterpanas.blogspot.com
Rasullullah SAW mengajar kepada ibu bapa tentang cara mendidik anak-anak. 

Sabda Rasulullah SAW, “Janganlah kamu memukul anak- anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun, kerana pada empat bulan pertama kelahirannya dia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW dan pada empat bulan seterusnya dia mendoakan kedua ayah bondanya. -H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a


Junjungan besar Nabi SAW menjelaskan bahawa tangisan anak kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan-Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabinya dan empat bulan seterusnya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya. 

Sabda Rasulullah SAW lagi, “Anak-anak sebelum ia baligh, apa-apa kebaikan yang dilakukannya, maka dicatatkan kebaikan itu untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa-apa kejahatan yang dilakukannya, maka tidaklah dicatat untuknya dan tidak pula dicatat untuk kedua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah catatan ke atasnya segala amal baik atau buruknya. – H.R. Imam Anas bin Malik r.a


Oleh itu setiap ibu bapa wajib berusaha dengan mendidik anak-anak sebaik mungkin dan semoga amal usaha dan susah payah kita dibalas Allah SWT dengan anak yang soleh dan solehah.


Sumber:AgenMiracle

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button