(video) Lagu Tubik Lagi Berunsur Lucah?

http://cerciterpanas.blogspot.com
Tajuknya Tubik Masuk. Ia adalah lagu loghat Kelantan.
Maksudnya lebih kurang macam Keluar Masuk lah.
Rasanya dah lama ia dimuat naik dalam laman YouTube.
Sehingga kini lebih 100,000 orang telah menontonnya.
Lirik dia memang lucah habislah kalau kita amati, antaranya:

Suk suk tubik masuk
Masuk lagi aarrghhhh!!! tubik lagi
Jak jak jak memey sedap
Lamo lamo ah ah ah kohok sedap
dipegey-pegey disedut-sedut

.

Isk tak sanggup pula rasanya nak tulis habis senikatanya.
Rupa-rupanya bila tengok sampai habis baru penulis tahu….lagu ini mengenai ‘nikmatnya’ bila menghisap rokok.
Baik, mungkin ramai nak tahu siapa penyanyi Wani ni?
Harian Metro 17 September 2011 ada menyiarkan berita tentang Wani, seorang penyanyi dikir barat moden sensasi Kelantan yang menampilkan imej seksi dan goyangan-goyangan dangdut.

” Saya bukan perosak dikir barat Kelantan, ” kata Wani (Azmahirwani Nordin, 21) yang buat pertama kali ‘membuka mulut’ berhubung pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Wani mengakui banyak menerima kritikan yang mengatakan dia artis murahan dan mencari publisiti dengan imej seksi.
Dia dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya.
” Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik dikir barat di negeri ini. Mungkin ada yang salah faham bahawa dikir moden tiada kaitan dengan dikir barat asli kerana dikir moden lebih kepada nyanyian versi loghat Kelantan yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop.
” Mengenai imej seksi, saya mohon maaf andai penampilan saya itu keterlaluan,” katanya.

Tak dapat dibayangkan kalau anak-anak kita sambil buat kerja sekolah, tiba-tiba dok nyanyi lagu ni, mau pengsan atuk dengan nenek diaorang kalau mendengarnya!
Ramai orang kata, jangan ambil serius, ia cuma hiburan, entahlah, anda pula bagaimana….ke minat juga lagu Tubik Masuk ni?

p/s:- tak dapat nak kata apa...haha

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...