Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.
Showing posts with label AJL 26. Show all posts
Showing posts with label AJL 26. Show all posts
(6 GAMBAR)Shila Amzah Dan Sha’naz Ahmad Tampil Mesra Di AJL26

0
(6 GAMBAR)Shila Amzah Dan Sha’naz Ahmad Tampil Mesra Di AJL26 |



shila dan sharnaz ahmad
Lagi beberapa keping gambar kemesraan Shila Amzah dan Sha’naz Ahmad dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada RentakArtis.
Read More
AJL 26 – Shila Amzah dituduh sebagai pembunuh di dalam twitter?

0

Kecoh sebentar semalam di dunia Twitter apabila Shila Amzah dituduh penyebab kematian seorang peminat!
Apa tidaknya, satu akaun yang menggunakan tweethandle bernama @ (kami anti shilaamzah) telah menuduh Shila Amzah sebagai penyebab kepada kematian kawan pemilik akaun Twitter ini. Akaun ini telah didaftar sehari selepas AJL 26 iaitu 30 Januari 2012.
Read More
AJL 26 - Politik tidak menghalang saya berkarya, Nasmi Hashim (KetuaCabang PKR, Parit Sulong)

0

PETALING JAYA: Penulis lirik lagu Awan Nano, yang menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26, semalam (Ahad) Nasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat berkata beliau tidak menggunakan bidang seni sebagai medium untuk berpolitik walaupun beliau terlibat dalam bidang tersebut secara langsung.

Nasmi kini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor.

Menurut penulis lirik itu, dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya.
Read More
AJL26 Cecah Rekod 6.5 Juta Penonton!

0

KUALA LUMPUR – Keunggulan anugerah berprestij tahunan, Anugerah Juara Lagu sememangnya tidak disangkal apabila sekali lagi berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam industri televisyen yang sengit sewaktu ia ke udara malam Ahad lalu di TV3.

Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil semalam, Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) telah sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 5 juta (24.9 TVR) atau 71.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 6.5 juta.

Sememangnya keunggulan Anugerah Juara Lagu sebagai acara berprestij pembuka tirai tahunan tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya yang sentiasa dinantikan para peminat muzik tempatan. Bukan saja di kaca televisyen, AJL26 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi ajl.tv3.com.my, di mana penonton disajikan dengan siaran keseluruhan majlis anugerah serta kandungan eksklusif seperti acara Karpet Biru dan Di Sebalik Tabir.
Read More
Sekitar Blue Carpet AJL 26

0
Kalau ada event-event besar seperti AJL26, sudah pasti yang ditunggu-tunggu oleh peminat dunia seni ialah fesyen artis-artis kita di blue carpet atau pun red carpet majlis tersebut. Untuk AJL26, oleh kerana Celcom menaja event ini, maka artis kita ramai yang berposing sakan di blue carpet AJL26. Kesemuanya vogue-vogue dan kacak-kacak belaka.



Lagi 76 keping gambar sekitar blue carpet AJL26

Read More
AJL 26 - Senarai keputusan penuh pemenang

0
Anugerah Juara Lagu kali ke 26 pada tahun ini telah menobatkan Hafiz sebagai juara dengan lagunya Awan Nano. Hafiz juga menggondol vokal terbaik buat kali kedua berturut-turut selepas melakukannya pada edisi yang lepas.

Berikut adalah keputusan penuh senarai pemenang mengikut kategori:

Read More
no image

0

SELAIN menantikan persembahan barisan penyanyi yang akan bertanding, sesuatu yang turut menjadi perhatian di Anugerah Juara Lagu (AJL) adalah tema penganjurannya.

AJL sememangnya menjadi majlis yang paling dinantikan baik dari kalangan selebriti sendiri mahupun peminat yang akan menonton dari ruang tamu rumah sendiri.

Tahun ini, sekali lagi AJL edisi ke-26 kembali pada malam 29 Januari ini jam 9 malam, menjadi gelanggang utama pertaruhan 12 lagu terbaik hasil nukilan dan garapan komposer dan penulis lirik tempatan termasuk tiga suara yang menggabungkan Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia bersama Monoloque, Shohaimi Mior Hassan yang bergabung bersama Ana Raffali serta Altimet, Hafiz dan bintang muda, Najwa Latif.
Lebih menariknya, AJL26 akan dipaparkan dengan mengangkat tema dan konsep air yang difikirkan selari dengan arus pembangunan dan prestasi industri muzik kita, irama dan alunan lagu bagaikan aliran air yang tidak pernah putus dan turut berubah me�ngikut perkembangan semasa di mana para penggiat muzik sentiasa mengambil inisiatif untuk mencuba elemen baru dalam berkarya.
Read More
no image

0
Video kreatif Tiru Gaya Artis yang mula dipertandingkan sejak AJL 25 kembali semula mewarnai dunia hiburan tempatan. Bagi menyemarakkan sambutan AJL 26, pihak penganjur telah pun menyenarai pendek 10 finalis dan ini terpulang kepada anda untuk menentukan siapakah yang berhak membawa hadiah wang tunai bernilai RM5000 serta pas VIP ke AJL 26.

Bagi melayakkan mereka menang, anda boleh mengundi secara online di laman web AJL 26 atau melayangkan SMS dengan menaip TGA <jarak>KOD VIDEO ke 33399 (Contoh: TGA V1 ke 33399). RM0.50 akan dicaj untuk setiap sms yang dihantar.

Juara akan dipilih berdasarkan 30% undian online, 30% undian sms dan 40% markah daripada juri. Tarikh undian akan ditutup pada 20hb Januari 2012 dan pemenangnya akan diumumkan ketika malam kemuncak AJL 26 kelak.

Oh ya, kami suka video Ajai & Nurul – Keliru. Rajin betul mereka ya, siap ada props dan editing yang selari dengan persembahan asal. Enjoice!
Read More
no image

0


Sekitar sidang media yang bertempat di Wisma Bentley, Mutiara Damansara semalam, jurufoto OHBULAN! sempat mengambil gambar beberapa selebriti popular tanah air.


Antaranya termasuklah Yuna, Ning Baizura, Alyah, Jaclyn Victor, Altimet dan juga Shila Amzah. 12 finalis Anugerah Juara Lagu juga turut bersama berkumpul dan gambar mereka telah diabadikan disini. Jom tengok.



Anugerah Juara Lagu 26
Anugerah Juara Lagu 26
Yuna
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC

 


  • No related posts.

  • Read More

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    close button