Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:59 0

TIGA penembak negara yang tersenarai dalam program Road to London menjadi kelompok atlet pertama gagal menempah tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu apabila kecundang dalam acara masing-masing pada Kejohanan Menembak Asia ke-12 di Doha, Qatar, semalam.


Walaupun Nur Suryani Mohd Taibi menceriakan negara apabila layak ke Olimpik London menerusi acara 10m air raifal pada Sabtu lalu, kecemerlangannya gagal diikuti penembak berpengalaman Hasli Izwan Amir Hassan, Hafiz Adzha dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim yang gagal meraih peluang terakhir yang ditawarkan.




Menurut Pengurus Sukan Menembak Majlis Sukan Negara (MSN), Emran Zakaria, dua penembak negara, Hasli Izwan dan Hafiz yang beraksi dalam acara 25 meter rapid fire pistol hanya menduduki tempat ke-10 dan 13 sekali gus gagal mara ke pusingan akhir.


Manakala Nor Ayuni yang beraksi dalam 50m tiga posisi air raifal turut gagal mempamerkan aksi terbaik namun Nur Suryani berjaya menduduki tempat kelapan selepas pusingan akhir berlangsung.




Bagaimanapun peluang Nur Suryani untuk turut beraksi dalam acara terbabit selain 10m air raifal di Olimpik London masih ada dan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) perlu membuat permohonan.




“Namun peluang untuk Hasli Izwan, Hafiz dan Nor Ayuni Farhana ke London sudah tertutup kerana ini adalah kejohanan terakhir yang menawarkan tiket. Seorang lagi penembak yang tersenarai dalam Road to London adalah Bibiana Ng bakal turun beraksi esok,” katanya.



Walaupun gagal ke London, gandingan Nur Ayuni Farhana dan Muslifah Zulkifli bersama Nur Suryani meraih pingat gangsa dalam acara 50m tiga posisi air raifal berpasukan dengan China meraih emas apabila memecahkan rekod dunia dengan catatan 1,766 mata.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button