Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:59 0

MENTERI Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menghormati keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung pengguguran Pang Cheh Chang sebagai jurulatih beregu nombor satu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.


Tidak kira siapa yang mengambil alih tugas sebagai jurulatih sama ada Tan Kim Her atau yang lain, Shabery yakin BAM akan sentiasa mencari kaedah baru untuk memperbaiki prestasi pasangan itu.




Ketika negara kegersangan mencari pelapis, beliau berkata, BAM perlu bertindak supaya negara tidak ketinggalan lebih jauh dan mampu bangkit memberikan impak agar tidak terus ketinggalan.


“BAM perlu cari kaedah baru untuk memperbaiki prestasi beregu itu. Pasangan negara begitu mengecewakan tapi mereka masih lagi antara yang terbaik di dunia.




“Jangan biar perkara ini berlarutan kerana saya tidak mahu kita ketinggalan. Pemain perlu memberi impak di Olimpik,” katanya.




Shabery turut melaungkan cabaran kepada BAM untuk bangkit semula memburu Piala Thomas dan tidak hanya sekadar melepasi pusingan kelayakan atau separuh akhir.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button