Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:59 0

BAGI memastikan saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) terus panas sejajar dengan status sebagai perlumbaan terbesar Asia, beberapa perubahan baru direncanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


Menteri, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementerian tidak boleh berpuas hati dengan status Hors Class dan perlu ada beberapa perubahan baru bagi memastikan perlumbaan ini terus mendapat perhatian.




Shabery ditemui di sidang media majlis penyampai tajaan RM800,000 oleh Timbalan Pengerusi Genting Malaysia Berhad, Tun Mohammed Hanif Omar, semalam.


Melihat contoh China yang menjadikan berbasikal sebagai satu bidang baru menerusi penganjuran Tour Beijing, Shabery bagaimanapun menegaskan perubahan baru itu perlu mengambil kira beberapa faktor yang memerlukan perancangan teliti kerana membabitkan penganjuran, jalan, waktu dan kos yang berbeza.




“Perlumbaan ini perlu dikekalkan tapi berada di kelas yang baru dan saya percaya ia memerlukan perubahan untuk dikembangkan agar dunia dapat melihat Malaysia sebagai satu hub sukan berbasikal.




“Saya pernah berunding dengan negara jiran untuk mengadakan Jelajah Asia dan pernah berbisik dengan Singapura dan Indonesia untuk menggabungkan perlumbaan ini pada edisi ke-18 atau yang ke-20,” katanya. Begitupun Shabery berharap biarpun dengan kehadiran pelumba bertaraf dunia pada edisi ke-17 ini, pelumba tempatan seperti Anuar Manan dan Mohd Hariff Salleh mampu muncul sebagai wira negara di tanah air sendiri apabila saingan LTdL membuka tirainya 24 Februari ini.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button