Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:56 0

LONDON: Mark Hughes menikmati kemenangan pertama skuad kendaliannya selepas baru dilantik sebagai pengurus selepas menewaskan MK Dons, 1-0 pada saingan Piala FA, awal pagi semalam.


Tandukan padu Danny Gabbidon sudah cukup untuk QPR meraih kemenangan di Loftus Road dan kini mereka akan bertemu kelab barat London, Chelsea pada pusingan keempat.




Namun QPR dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan sekali gus mendedahkan banyak kelemahan perlu diatasi Hughes selepas ini.


Gol Gabbidon hadir pada minit ke-73 selepas pertahanan Wales itu menerima hantaran cantik Shaun Wright-Phillips dan bola tandukannya menewaskan penjaga gol Dons, David Martin.




Ia kali pertama QPR melangkah ke pusingan keempat Piala FA sejak 2001 dan hanya kemenangan kedua dilakar di gelanggang sendiri musim ini.




“Saya rasa kami tidak mempamerkan permainan terbaik. Kami agak kepenatan tapi akhirnya menjaringkan gol pada hujung perlawanan,” kata Hughes.



“Tapi kami tahu sebenarnya kami boleh beraksi lebih baik. Banyak perkara perlu kami atasi secepat mungkin.” Sementara itu, Bolton yang berada di zon penyingkiran tidak bermasalah menewaskan wakil Divisyen Dua, Macclesfield, 2-0 di Stadium Reebok.




Macclesfield pernah mengecewakan Bolton pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan apabila mengikat kedudukan 2-2 tetapi Bolton nyata tidak mahu mengulangi aksi hambar itu.



Kevin Davies meletakkan Bolton 1-0 pada minit pertama sebelum Martin Petrov menjaringkan gol kedua pada minit ke-26. Bolton akan bertemu Swansea pada pusingan keempat.




Leicester pula melakar kemenangan besar ke atas Nottingham Forest, 4-0 dengan Jermaine Beckford menjaringkan hatrik dan kelabnya bakal bertemu Swindon pada pusingan berikutnya hujung bulan ini. - AFP




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button