Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:43 0


PEMILIK baru Proton Holdings Bhd, DRB-Hicom Bhd menolak spekulasi yang mengatakan pihaknya bakal menjual kepentingan Bank Muamalat bagi membiayai pembelian baki saham Proton pada harga yang sama.


Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa Bank Muamalat sama sekali tidak akan dijual untuk membiayai janji niaga Proton, malah mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada Maybank.




Katanya, paling penting DRB-Hicom akan menyediakan perancangan bagi tempoh pendek, sederhana dan jangka masa panjang untuk menerajui Proton menuju masa depan, sekali gus mengkaji bagi mengadakan kerjasama dan penjenamaan dengan pihak dari luar negara.


“Mengenai isu yang mengatakan kami akan menjual Bank Muamalat dan membuat pinjaman dari bank asing adalah sebagai tidak berasas dan di luar imaginasi. Apa yang menjadi fokus utama kami adalah memastikan industri automotif berkembang serta mampu menembusi pasaran antarabangsa dan meningkatkan eksport.




“Agenda DRB-Hicom bukan saja Proton, malah juga industri kereta nasional dan kita mesti menjenamakan Proton sebagai pembuat kereta yang baik di samping sebagai kereta nasional,” katanya pada sidang media yang diadakan di Wisma DRB-Hicom, Shah Alam, semalam.




Menurutnya, penjenamaan penting untuk memasuki pasaran global dan ia perlu diikuti dengan kerjasama atau usaha sama antara rakan kongsi asing bagi membantu dan menyediakan platform untuk menembusi pasaran luar negara.



Mohd Kamil berkata, bagaimanapun pihaknya akan bertemu dengan pengurusan Proton untuk membincangkan rancangan pertumbuhan termasuk rantaian bekalan vendor, usaha memulihkan jenama dan peningkatan eksport. Beliau berkata, lebih kurang 11,000 kakitangan Proton tidak akan terjejas dengan kedudukan mereka sekarang dan pihaknya masih menjaga kepentingan serta kebajikan pekerja.




“Dari segi pengurusan Proton, mungkin ada perubahan dan mungkin juga tidak, namun saya lebih suka jika terdapat gabungan dengan yang lama dan baru. Selain itu, kami juga bersikap terbuka di mana kemungkinan General Motors, Volkswagen atau Honda bersedia untuk bekerjasama serta memberi faedah kepada Proton dan industri,” katanya.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button