Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:08 0

ISU artis berebut teman lelaki atau teman wanita, sudah semacam tidak eksklusif. Jangankan SS, orang sekeliling pun geleng kepala memerhati gelagat mereka.


Macam cerita artis cantik bergaya seorang ini. Perang di antaranya dengan seorang selebriti nampaknya belum berkesudahan meskipun sudah jelak SS mendengarnya.


Persengketaan bermula apabila selebriti tadi dikatakan mahu merampas teman lelaki artis wanita itu sehingga hebohlah satu Malaya isu ini lantas memaksa mereka memberi kenyataan pada umum.

Ingatkan sudah selesai rupanya tidak, perang berlanjutan dengan pelbagai kutukan serta penghinaan terhadap selebriti yang tidak kurang cantik seperti artis tadi.





Pada peringkat awal, memang ramai yang menuding jari kepada selebriti itu seolah-olah mempunyai niat merosakkan hubungan artis tadi dengan teman lelakinya.





Tapi lama-kelamaan orang jadi simpati kepada selebriti itu kerana sepanjang maruahnya dipijak-pijak dia tidak pernah bersuara atau membidas kenyataan demi kenyataan mahupun kutukan demi kutukan yang pernah dilemparkan artis wanita tadi serta konco-konconya.

Apabila orang yang waras melihat senario itu, secara tidak langsung mereka lebih bersimpati pada selebriti tadi bahkan ramai memuji sikapnya yang tenang dan tidak pernah memberi sebarang reaksi.

Sebaliknya, ramai yang mula menyampah dengan tindakan artis wanita berkenaan yang kebudak-budakan serta tidak profesional.

Malah lebih mengejutkan SS ada beberapa peminat memberikan reaksi artis wanita itu tidak perlu bising-bising seolah menunjukkan dia berasa tergugat kerana dia cantik bahkan sehingga kini teman lelakinya masih setia bersamanya. Dia sudah pun menang sebenarnya.

Beginilah, pada SS permusuhan tidak akan membawa mereka juga sesiapapun ke mana-mana malah hanya membuatkan keadaan lebih parah.

Makin bercakap makin membuka aib diri masing-masing dan mencerminkan keperibadian kita yang sebenar. Memaafkan itu lebih baik untuk kita jalani kehidupan dengan lebih tenang. Doakan yang terbaik buat mereka.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button