Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:09 0

KACANG lupakan kulit, peribahasa Melayu yang menjadi istilah kepada individu yang melupakan asal usulnya atau orang yang pernah menolongnya sesudah mendapat kesenangan.


Mesti ramai yang pelik kenapa SS tiba-tiba selongkar peribahasa Melayu dalam ruangan gosip ini. Sekali-sekala apa salahnya berikan pembaca sedikit ilmu tambahan pula kepada anak muda yang kebanyakan tidak tahu kewujudan peribahasa dan istilah Melayu yang indah.


Apapun pepatah Melayu ini ada kena-mengena dengan seorang komposer yang baru saja menang di sebuah anugerah baru-baru ini.

Dulu masa dia susah ibaratnya hidup kais pagi makan pagi, kais malam makan malam, dia menagih simpati kepada seorang teman rapatnya yang baik hati.





Sumber memaklumkan bantuan diberi oleh temannya bukan setakat wang tetap juga peluang bekerja. Ucapan terima kasih ibaratnya tidak pernah lekang di bibirlah masa tu sehingga kawannya dianggap seperti dewa.





Bagaimanapun, hati manusia boleh berubah sejak menang besar di sebuah anugerah yang mengiktiraf karya pemuzik baru-baru ini komposer itu terus besar kepala.

Kawan yang disanjung bagaikan dewa tadi dilupakan.

Kalau sudah lupa jasa kawan tidak mengapa lagi, tetapi keangkuhan dia sampaikan semua orang sekeliling tidak betul, tuduh orang pakai bomoh, jadi batu api dekat tempat kerja sampaikan kawan-kawan sekelilingnya mengata.

Sikapnya itu membuatkan kawannya tadi yang juga merangkap majikannya pening kepala. Hendak diambil tindakan kawan sendiri. Bagi SS, kan lebih baik kalau kita ikut resmi...makin tunduk makin berisi. Pasti kita lebih dihormati.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button