Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

22:17 0

KEJAYAAN aktres popular, Kate Winslet menang dua anugerah Golden Globe untuk Aktres Terbaik menerusi filem Revolutionary Road dan Aktres Pembantu Terbaik (The Reader) tiga tahun lalu meninggalkan kenangan indah buatnya mahupun peminat.

Pencapaian aktres filem popular, Titanic ini di pentas acara berprestij itu bermula sejak tercalon menerusi Sense and Sensibility pada 1996 diikuti Titanic (1998), Iris (2002), Eternal Sunshine of the Spotless Mind (2005) dan Little Children (2007). Menjelang edisi ke-69 acara anjuran Hollywood Foreign Press Association ini berlangsung di Beverly Hilton Hotel, Beverly Hills California, Amerika Syarikat (AS) pada hari ini (Ahad waktu tempatan), Kate sekali lagi mencuri tumpuan khalayak.

Kate, 36, tercalon dalam dua kategori, Aktres Terbaik Mini Siri, Filem di TV menerusi Mildred Pierce terbitan HBO manakala Carnage untuk kategori Komedi atau Muzikal. Di kalangan peng�kritik mahupun peminat, Kate dijangka mengulangi kejayaan menang anugerah sama kali ini memandangkan lakonan hebatnya sentiasa mendapat banyak pujian.
Merujuk pada kategori sama, Kate dibayangi empat calon lain merebut anugerah Aktres Terbaik, Filem - Komedi atau Muzikal terdiri, Jodie Foster turut membintangi Carnage, Charlize Theron (Young Adult), Kristen Wiig (Bridesmaids) dan Michelle Williams (My Week with Marilyn).




Berbanding Kate, Jodie yang popular dengan Panic Room dan Flightplan bakal memberi saingan sengit pada rakannya sendiri sambil bersandarkan pencapaian menang dua anugerah Golden Globe menerusi The Accussed pada 1989 dan The Silence of the Lambs (1992). Antara Jodie dan Kate, keduanya tercalon buat kali ketujuh untuk acara ini.




Charlize pula tercalon kali keempat mampu mencipta kejutan menerusi karakter komedi drama dalam Young Adult selepas kejayaan pertama kali menang menerusi Monster pada 2004. Kategori ini juga menyaksikan Michelle tercalon kali ketiga manakala Kristen berbangga dengan pencalonan pertama kali.
Untuk kategori lelaki, calon Top 5 dicabar Jean Dujardin membintangi The Artist, Brendan Gleeson (The Guard), Joseph Gordon-Levitt (50/50), Ryan Gosling (Crazy, Stupid, Love) dan Owen Wilson (Midnight in Paris).
Mungkin rezeki kali ini memihak pada pelakon komedi, Wilson yang terkenal dengan lakonan aksi bersama Jackie Chan menerusi Shanghai Knights (2003) dan pendukung watak utama, Lightning McQueen untuk filem animasi Cars. Wilson masih selesa dengan aksi komedi apabila lakonannya bersama Rachel McAdams dalam filem romantik komedi arahan Woody Allen menjadi pertaruhan.
Memberi saingan, pencalonan sulung Dujardin kali ini turut mencuri tumpuan menerusi filem romantik komedi versi hitam putih menjiwai watak pelakon veteran, George Valentin ketika mencipta nama di Hollywood pada 1927. Menariknya, Gosling dan Gleeson pula mencuba nasib buat kali ketiga manakala kedua buat Gordon-Levitt.
Jika Wilson menjadi pendukung watak utama menerusi Midnight in Paris, filem itu juga bertanding kategori Filem Terbaik - Komedi atau Muzikal bersama empat filem lain - 50/50, The Artist, Bridesmaids dan My Week with Marilyn. Tahun lalu menyaksikan filem The Kids Are All Right arahan Lisa Cholodenko diumumkan pemenang menewaskan saingan hebat, Alice in Wonderland, Burlesque, Red dan The Tourist.
Bagi kategori Filem Terbaik menjadi kemuncak acara ini menyaksikan enam filem bersaing, The Descendants arahan Alexander Payne, The Help (Tate Taylor), Hugo (Martin Scorsese), The Ides of March (George Clooney), Moneyball (Bennett Miller) dan War Horse (Steven Spielberg).
Mengikut rekod pemenang anugerah, Spielberg pernah memahat namanya sebanyak dua kali menerusi Schindler’s List (1994) dan Saving Private Ryan (1999) serta pernah meraih anugerah khas, Cecil B DeMille Award, empat tahun lalu. Kali ini, pengarah tersohor ini membawa kisah unik perhubungan antara kuda iaitu Joey bersama penjaganya, Albert Narracott menyertai pasukan tentera berkuda terbabit dalam peperangan Perang Dunia Pertama.
Bagi Scorsese, pengarah berusia 69 tahun ini pula mempertaruhkan kisah berlatar zaman 1930 di Paris mengisahkan pengembaraan seorang anak yatim terperangkap di stesen kereta api diselubu�ngi kisah misteri mendiang bapanya. Pencapaian Scorsese di pentas Golden Globe pernah menyerlah ketika menang Pengarah Terbaik dua kali menerusi Gangs of New York pada 2003 dan The Departed (2007) manakala turut menerima anugerah khas, Cecil B DeMille Award, dua tahun lalu.
Kelebihan mungkin berpihak Scorsese kerana beliau tercalon Top 5 Pengarah Terbaik tetapi Spielberg tidak tersenarai. Turut mencuri perhatian kategori ini ialah Woody Allen, Clooney, Payne manakala Michel Hazanavicius dicalonkan menerusi filem The Artist tetapi bukan dalam kategori Filem Terbaik.
Clooney yang lebih dikenali sebagai pelakon semakin menunjukkan kemahiran dalam bidang pengarahan apabila menghasilkan filem keempat. Menerusi The Ides of March yang dipertandingkan, dia turut menggalas tanggungjawab penulis skrip dan pelakon. Filem berkonsep drama ini mengisahkan cabaran dihadapi calon Presiden AS yang berdepan kerja politik kotor ketika berkempen.
Pernah menang anugerah Aktor Terbaik untuk kategori Komedi atau Muzikal menerusi O Brother, Where Art Thou? pada 2001 dan Aktor Pembantu Terbaik untuk Syriana (2006), kali ini Clooney juga bersandarkan nasib pada kategori Lakon Layar Terbaik dan Aktor Terbaik menerusi The Descendants.
Ini bermakna, Clooney bukan saja bersaing bersama Payne, malah mengharapkan filem lakonannya meraih kejayaan menang anugerah. Payne yang mungkin kurang dikenali di kalangan filem arus perdana meletakkan kepercayaan pada Clooney bersama aktres Shailene Woodley untuk melonjak filemnya apatah lagi Shailene tercalon untuk kategori Aktres Pembantu Terbaik.
Pertembungan Clooney dan Payne suatu yang dijangka menarik perhatian termasuk filem biografi, Moneyball lakonan utama Brad Pitt turut bersaing kategori Aktor Terbaik kategori Filem - Drama bersama Leonardo DiCaprio membintangi J Edgar, Michael Fassbender (Shame) dan Gosling (The Ides of March).
Kategori Aktres Wanita Terbaik Filem - Drama tidak kurang hebat menyaksikan saingan antara Glenn Close menerusi filem Albert Nobbs, Viola Davis (The Help), Rooney Mara (The Girl with the Dragon Tattoo), Meryl Streep (The Iron Lady) dan Tilda Swinton (We Need to Talk About Kevin).
Pencalonan kategori lain:
Aktor Terbaik - Siri TV (Muzikal atau Komedi)

  • Alec Baldwin (30 Rock)

  • David Duchovny (Californication)

  • Johnny Galecki (The Big Bang Theory)

  • Thomas Jane (Hung)

  • Matt LeBlanc (Episodes)Aktres Terbaik - Siri TV (Muzikal atau Komedi)

  • Laura Dern (Enlightened)

  • Zooey Deschanel (New Girl)

  • Tina Fey (30 Rock)

  • Laura Linney (The Big C)

  • Amy Poehler (Parks and Recreation)Aktor Terbaik - Mini Siri atau Filem TV

  • Hugh Bonneville (Downton Abbey)

  • Idris Elba (Luther)

  • William Hurt (Too Big to Fail)

  • Bill Nighy (Page Eight)

  • Dominic West (The Hour)Aktres Terbaik - Mini Siri atau Filem TV

  • Romola Garai (The Hour)

  • Diane Lane (Cinema Verite)

  • Elizabeth McGovern (Downton Abbey)

  • Emily Watson (Appropriate Adult)

  • Kate Winslet (Mildred Pierce)Siri TV Terbaik (Muzikal atau Komedi)

  • Enlightened

  • Episodes

  • Glee

  • Modern Family

  • New GirlSiri TV Terbaik (Drama)

  • American Horror Story

  • Boardwalk Empire

  • Boss

  • Game of Thrones

  • HomelandFilem Animasi Terbaik

  • The Adventures of Tintin

  • Arthur Christmas

  • Cars 2

  • Puss in Boots

  • Rango

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button