Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

22:21 0


TINDAKAN Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli yang menyentuh kredibiliti Persatuan Pengarah Malaysia (FDAM) memang memberi kesan mendalam terhadap ahli-ahli yang dianggotai pengarah filem dan drama itu. Terbit perasaan tidak puas hati kerana ia sangat keterlaluan dan dibuat tanpa usul periksa.

Nada tegas Gafim yang memberitahu tidak akan teragak-agak mengambil jalan yang mungkin kurang popular iaitu menggugurkan mana-mana persatuan yang dianggap mempunyai masalah daripada menjadi ahli gabungannya, jelas menghantui FDAM. Kemuncaknya selepas berfikir panjang, FDAM membuat keputusan menarik diri daripada menganggotai Gafim baru-baru ini.

Dalam pertemuan dengan Rap pada Rabu lalu, Pemangku Presiden, Mokhtar Abu Bakar; Pemangku Timbalan Presiden FDAM, Syed Zulkifli Syed Masir dan Ketua Biro Undang-Undang Dan Disiplin, Abdul Rahim Awang berkata, satu surat bertarikh 9 Disember 2011 dihantar kepada persatuan itu dan diterima pada 9 Januari 2012 bagi memaklumkan penarikan diri FDAM daripada gabungan yang dianggotai oleh 11 persatuan ini.
“Gafim adalah gabungan persatuan artis dan dianggotai oleh tunggak utama terdiri daripada penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon. Sebelum ini pun Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pun sudah menarik diri, manakala Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) masih tidak jelas kedudukannya. Apa jadi Gafim tanpa tiga persatuan utama ini?




“Harus diingat FDAM adalah teraju utama dalam �pembikinan filem. Kalau kami sudah tarik diri, fikirkanlah kesannya terhadap Gafim? Kami juga minta Gafim fikir sendiri sama ada mereka �masih relevan untuk industri seni tempatan. Dalam surat kami ada menyebut sesiapa saja ahli FDAM yang pegang jawatan dalam Gafim akan gugur secara automatik, kecuali mereka pindah ke persatuan lain,” kata Rahim memberitahu empat ahli FDAM kini �mempunyai jawatan dalam Gafim.




“Kami bukan tidak puas hati atau bermaksud membalas dendam, tetapi kami tidak menyukai tindakan Gafim yang membelakangkan undang-undang dalam keputusan mereka. Gafim kena faham mereka ialah gabungan bukannya persatuan. Bila ada orang dalam Gafim sendiri tidak faham perkara asas ini, memang �susahlah,” tambah Rahim lagi.
Kata Mokhtar, segala-galanya berpunca daripada panggilan yang diterima daripada Gafim supaya FDAM hadir ke mesyuarat yang diadakan pada 27 Oktober lalu. Bagaimanapun dia yang sudah dilantik menjawat jawatan Pemangku Presiden tidak dapat hadir kerana ada masalah.
“FDAM dan Mat London (bekas presiden) faham undang-undang dan dia sudah kosongkan jawatan itu menerusi surat peletakan jawatan pada 20 Mei 2011. Kami juga sudah memaklumkan pada Gafim dalam mesyuarat pada 4 Oktober lalu dan memberitahu melantik Mat London sebagai penasihat FDAM. Rasanya itu dah jelas.
“Bagaimanapun Gafim pula lantik Mat London jadi Pengerusi Promosi dan Publisiti FFM 24 dan berikan alasan pelantikan dibuat atas kapasiti peribadi. Ketika mesyuarat itu dibuat, Mat London terbabit dengan �Jelajah FFM 24 di Johor. Saya memang nak hadir, tetapi ada kes kematian. Syed ada mesyuarat di Ipoh manakala Rahim pula ada mesyuarat di Melaka.
“Namun sekiranya mereka nak sangat Mat London hadir, dia boleh berbuat demikian pada sebelah malam. Bagaimanapun mereka tetap teruskan mesyuarat dengan alasan makanan sudah ditempah. FDAM tiada masalah dan berjalan macam biasa namun kenapa mereka marah dengan Mat London sehingga bertindak buat mesyuarat.
“Hasil keputusannya sangat mengejutkan kerana Gafim menjatuhkan hukuman nak gantung FDAM. Mereka kata akan hantar surat tunjuk sebab, tetapi kami tunggu sampai sekarang tidak sampai. Kami tahu sebenarnya hukuman ini bukan keputusan sebulat suara. Malah ada ahli jawatankuasa yang terkejut.
“Dalam undang-undang juga ada disebut tertuduh boleh diberi peluang membela diri tetapi nampaknya Gafim tidak faham perkara ini. Sekali lagi mereka tidak faham Gafim adalah gabungan bukannya persatuan. Dalam perlembagaan ada menyebut presiden tidak boleh menggantung mana-mana pihak kecuali dalam mesyuarat agung.
“Tindakan ini dibuat secara melulu, tanpa surat tunjuk sebab dan dibuat secara lisan. Patutnya ada surat tunjuk sebab dan surat meminta �penjelasan daripada kami kerana kami nak menjawab semua persoalan yang diperkatakan. Kami yakin FDAM tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya yang tidak gemar hal dalaman mereka diganggu oleh orang luar.
Menjawab persoalan mengenai penyertaan semula dalam Gafim, mereka memberitahu segala-galanya diserahkan kepada pucuk pimpinan baru FDAM yang akan dilantik selepas Mesyuarat Agung pada Mac atau April ini.
“Kami hanya pegang jawatan sehingga tempoh ini kerana sayangkan FDAM. Mesyuarat (dua tahun sekali) perlu dibuat sama ada hujung Mac atau awal April untuk mencari barisan kepimpinan baru. Terpulanglah kepada mereka yang terpilih untuk buat keputusan selanjutnya nanti,” kata Syed Zulkifli.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button