Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:11 0

PROTON mengumumkan enam pemenang baru bagi pusingan kedua pertandingan Percutian Menakjubkan yang dimenangi pemilik kenderaan Proton, Rizalman ShahBandra dari Putrajaya, Noor Fizan Ahmad dari Ipoh, Zamri Abdul Malik (Petaling Jaya) serta Masmira Ibrahim dari Temerloh, Pahang.

Pemenang di bawah segmen bukan pemilik Proton pula dimenangi Chee Sook Fun dari Klang serta Chong Bing Shan dari Kuala Terengganu.



Pengarah Kumpulan Pemasaran, Penjenamaan dan Motorsports Proton, John D Chacko berkata, kempen itu adalah sebahagian daripada Program VIP Proton bertujuan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelanggan Proton dan penyokongnya.

“Program VIP kami benar-benar memainkan peranan penting dalam komitmen kami untuk menjadi lebih baik kerana ia ungkapan yang sering kami ikrarkan ke arah penambahbaikan produk dan perkhidmatan,” katanya.



Pemenang menerima pakej percutian eksklusif penginapan tiga hari dua malam di Hotel Hard Rock, Pulau Pinang, Tanjung Jara Resort, Terengganu atau Casa del Rio di Melaka.



Selain pertandingan itu, Proton menganjurkan pertandingan ‘Makeover Proton’ dengan ganjaran memenangi peluang mengubah suai kereta sepenuhnya.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button