Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:11 0

OCBC Bank (Malaysia) Berhad akan melabur RM30 juta bagi menambah tujuh lagi cawangannya tahun ini iaitu lima cawangan perbankan Islam OCBC Al-Amin manakala dua cawangan perbankan konvensional dalam usaha meluaskan rangkaian mereka di negara ini.

Peruntukan RM3 juta hingga RM4 juta setiap cawangan itu dimulakan dengan pembukaan cawangan ke-31 iaitu yang terbesar di Alam Damai, Cheras, Selangor membabitkan bangunan tiga tingkat dengan keluasan 20,000 kaki persegi.



Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jeffrey Chew Sun Teong berkata, pihaknya mengenal pasti lokasi sesuai bagi pembukaan semua cawangan baru OCBC Bank di seluruh Malaysia.

“Kawasan dipilih harus strategik dan berdekatan penempatan penduduk selain jarak lima kilometer daripada penduduk berhampiran juga diambil kira bagi memudahkan mereka untuk menggunakan perkhidmatan kami,” katanya.



Pada majlis itu, Chew juga melancarkan Kios Kredit Layan Diri OCBC yang membolehkan pengguna memohon kemudahan kredit tidak bercagar seperti kad kredit dan pembiayaan peribadi dengan penghantaran dokumen fizikal yang minimum.



“Kios itu membolehkan permohonan kad kredit dan pembiayaan peribadi dibuat lebih pantas, tanpa kesilapan atau kerenah dan menjelang akhir Februari depan, setiap cawangan OCBC Bank akan menyediakan perkhidmatan ini khusus kepada pengguna,” katanya.





No related article available

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button