Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:52 0

BELUM sempat mengubat lara di dalam hati selepas episod perpisahannya dengan Abby Abadi, Zul Ariffin kini sedang mengerah keringat untuk menghabiskan penggambaran filem epik seram, Penanggal, arahan Ellie Suriaty.

Memegang watak sebagai Syed Umar, adik kepada Syed Yusof, buat pertama kalinya Zul diberikan kepercayaan menjadi teraju filem selepas hanya muncul sebagai watak tambahan dalam filem KL Drift 2.

Nampaknya sudah sampai rezeki anak muda kelahiran Taiping, Perak ini untuk melangkah lebih jauh lagi dalam bidang lakonan dengan membuktikan bahawa bakatnya bukan semata-mata terkunci menerusi drama semata-mata.
Dalam temubual singkat bersamanya di set penggambaran Penanggal, baru-baru ini, Zul menyifatkan peluang keemasan itu semuanya berpunca daripada Ellie sendiri.






“Selepas membintangi sebuah drama iaitu Laila Manja yang ditayangkan di TV3, saya dan kak Ellie menjadi rapat dan banyak sangat tunjuk ajar saya peroleh daripadanya.




“Kebetulan pada waktu itu, produksi untuk filem Penanggal sedang mencari pelakon yang sesuai untuk watak yang ada dalam cerita terbabit.
“Suatu hari, Kak Ellie mencadangkan saya untuk pergi ‘casting’ bagi watak Syed Umar kerana watak itu memerlukan seorang lelaki muda yang berwajah Arab.
“Bukan calang-calang pelakon yang boleh mendapat peluang sedemikian dan saya ambil nasihatnya, hadir ke ‘casting’ berkenaan dan syukur saya di sini sekarang,” katanya.
Menerusi watak Syed Umar, Zul Ariffin terpaksa membuat pelbagai kerja rumah serta perlu menghadiri kelas kerana bukan sahaja penonton bakal menyaksikan kehebatannya bersilat, malah Zul akan turut bertutur menggunakan bahasa Arab.
Dia tidak menafikan pada awalnya, agak sukar untuk menguasai kedua-dua perkara berkenaan, namun berkat tunjuk ajar daripada Ellie serta pembantu yang ditugaskan dalam latihan itu, akhirnya dia berjaya menguasainya.
Lebih dikenali menerusi drama Roda-Roda Kuala Lumpur di TV2, Zul mengakui cerita ini adalah genre seram pertama yang pernah dilakonkannya dan demi filem ini juga, dia terpaksa mengetepikan tawaran lain kerana ingin memberikan komitmen 100 peratus.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button