Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

19:15 0

KULIM – Sebanyak 57 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan batu di sini Selasa.

Kejadian pada pukul 6 petang di empat mukim itu menerbangkan 28 bumbung rumah terbabit.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim Rohana Yusuf berkata 35 rumah yang rosak itu ialah di Mukim Padang China, 16 di Mukim Keladi, lima di Mukim Lunas dan satu di Mukim Sungai Seluang.

“Kawasan yang paling teruk dilanda ribut ialah Taman Mutiara, Sungai Kob di Mukim Padang China,” katanya kepada pemberita di sini.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian ribut mendapati banyak dahan, batang dan ranting pokok buah-buahan dan pokok hiasan bertaburan dan pokok yang tumbang telah dipotong dan dikumpul di tepi jalan untuk memudahkan laluan.

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Barisan Nasional (BN) Padang Serai Dr Chin Tung Leung, Setiausaha Umno Bahagian Padang Serai Drs Ahmad Zubib Saad dan Ketua Umno Cawangan Taman Mutiara Dr Zainal Abidin Raja Mohd Hashim melawat rumah-rumah mangsa untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung kerugian yang dialami mereka. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button