Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:04 0

SIKAP sering bertukar jurulatih dilihat punca utama mengapa skuad lebuh raya negara masih belum mencapai tahap membanggakan, sama ada di peringkat Asia Tenggara mahupun di perlumbaan jelajah terbesar Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL).


Jika dikaji semula, pandangan dilontar bekas pelumba negara, Musairi Musa yang pernah menyarung jersi Telekom Malaysia dari 1996 hingga 2002 itu ada kebenarannya.




Katanya, bakat dimiliki pelumba tempatan memang tidak dapat dinafikan dan ia terbukti apabila dua ayam tambatan negara, Anuar Manan (gambar) dan Adiq Husainie Othaman dilamar kelab luar berstatus profesional benua, Champion System Pro Cycling, namun skuad kebangsaan negara masih ketandusan melakar keputusan cemerlang terutama di LTdL.


“Kita mempunyai ramai pelumba berbakat, tetapi kita juga sering bertukar jurulatih hingga sukar untuk memilih pelumba terbaik. Bila ada jurulatih baru, maka akan ada pelumba baru kerana setiap jurulatih mempunyai persepsi berbeza-beza. “Itulah antara punca mengapa kita tidak dapat mengumpul pelumba berbakat untuk dibawa ketengah dalam skuad kebangsaan kerana apabila jurulatih bertukar memang susah untuk pelumba.




“Kita mempunyai ramai pelumba seperti Suhardi Hassan yang mempunyai kekuatan terutama dalam pendakian tetapi saya tidak tahu mengapa sejak kebelakangan ini dia sering diketepikan,” katanya. Berdasarkan rekod, sejak 2009 hingga sekarang, skuad kebangsaan menukar enam jurulatih. Tugas itu pernah digalas Jamaluddin Omar, William Walker, Aminuddin Sulaiman, Omar Saad, Graham Seers dan terbaru Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan.




Bagaimanapun Musairi tetap positif terhadap keupayaan pelumba tempatan menyerlah terutama bagi pakar pecut dalam saingan LTdL yang membabitkan lapan laluan landai itu.



Katanya, skuad negara mempunyai kelebihan tersendiri dan di sinilah jawatan jurulatih yang dipegang Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan memainkan peranan.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button