Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:04 0

KEDUDUKAN bekas atlet olahraga negara, Siti Fatimah Mohamad dalam skuad basikal negara akan diketahui apabila Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bermesyuarat hari ini.


Mesyuarat jawatankuasa kerja itu akan turut dihadiri ketua jurulatih, John Beasley yang akan melakukan ujian ke atas Siti Fatimah sekali lagi.




Presiden PKBM, Abu Samah Wahab berkata, selepas timbul rasa tidak puas hati disuarakan jurulatih tempatan yang mempersoal kehadiran Siti Fatimah, satu ujian akan dijalankan ke atas atlet kelahiran Johor itu hari ini.


Katanya, ujian itu perlu dilakukan bagi memastikan tahap keupayaan Siti Fatimah dan sekiranya dia dapat membuktikan kemampuannya, justeru tidak ada lagi suara yang akan membantah keputusan menghantarnya menjalani latihan ke Melbourne selepas Olimpik London.




“Berbasikal dan olahraga membabitkan teknik berbeza. Biarpun Siti Fatimah mempunyai kekuatan tapi teknik dan taktik dalam berbasikal tidak sama.




“Ujian kali ini diadakan kerana saya tidak mahu ada suara-suara yang mempersoalkan mengapa Siti Fatimah terus boleh dihantar ke Melbourne padahal masih ramai lagi pelumba berbakat boleh diketengahkan dan hanya menunggu peluang untuk ke sana,” katanya.



Justeru, Siti Fatimah perlu mengikut prosedur PKBM dan tiada keistimewaan diberikan kepada atlet itu.




Katanya, Siti Fatimah perlu membuktikan dia memang layak untuk disenaraikan dalam skuad elit seterusnya digandingkan bersama ratu basikal negara, Fatehah Mustapa.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button