Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:53 0

MENGORBANKAN rambut panjang, bukan semua wanita sanggup berbuat demikian. Salah percaturan, pelik jadinya barangkali ada yang menyapa anda dengan panggilan Encik!

Tapi ada juga di kalangan selebriti yang ternyata berjaya mencipta transformasi. Dengan memberanikan diri melalui sedikit perubahan, rambut yang ikal dipotong pendek, lihat saja bagaimana transisi yang terjadi.

Adira AF8 antara yang tampak mengancam dengan gaya rambut pendek ‘Pixie’. Imej baru ini berjaya melarikan Adira daripada imej gadis kebanyakan kepada elegan.
Jika di luar negara, Victoria Beckham, penulis andaikan sebagai ikon wanita berambut pendek. Rihanna yang popular dengan lagu California King Bed tidak kurang hebatnya apabila pernah mencetuskan fenomena dengan imej rambut, Bob, dua tahun lalu.






Bukan semua mampu membawa imej sebegitu. Ia perlu bersesuaian bentuk muka dan berani! Kelebihan rambut pendek berbanding rambut panjang kerana mampu mengubah penampilan seseorang kelihatan lebih muda selain mudah untuk diuruskan.




Erra sendiri tetap manis dengan potongan pendek. Manakala Alyah, Jaclyn Victor, Aishah Sinclair dan Chomel Fana yang sudah lama berimej rambut pendek seperti mahu kekal dengan imej sebegitu.
Untuk gaya rambut pendek yang menarik, golongan selebriti menggunakan khidmat pendandan rambut terkenal. Alyah misalnya mendapatkan bantuan Kent dari Salon Snips manakala Jaclyn Victor selesa dengan sentuhan Andy Ho.
Satu pesanan pendandan rambut terkenal Izzat dari Izaat Salon: “Rambut pendek juga boleh dipelbagai gaya tetapi mestilah bersesuaian raut wajah seseorang dan penggayanya harus ada keberanian.”



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button