Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

10:58 1




Setiausaha Agung Ikatan Ahlu Sunnah, Dr.Sofwat Hijazi memberikan fatwa supaya Basyar Al-Asad dibunuh bahkan katanya, “Sesiapa yang berpeluang membunuh Basyar tetapi tidak membunuhnya maka dia berdosa.” Hijazi yang juga Ketua Pemegang Amanah Revolusi Mesir itu berkata, “Sesiapa yang dapat membunuh Basyar maka dia akan memperolehi balasan syurga,” katanya dalam pertemuan Khamis lalu anjuran Kesatuan Doktor-Doktor Perubatan dan Ikatan Ahlu Sunnah di bawah tajuk (Peranan Ummah dan Ulama’ Islam Dalam Membantu Syria dan Palestin).



Kata beliau lagi, “Jika wajah saya tidak dikenali nescaya saya akan pergi membunuhnya (Basyar) dan sesiapa yang mampu membunuhnya maka bunuhlah dia dan aku bertanggungjawab terhadap darahnya.”
Sofwat Hijazi kemudian menjelaskan bahawa fatwa tersebut bukan dikeluarkan oleh dirinya seorang bahkan ia melibatkan fatwa seratus orang ulama’ dari pelbagai pertubuhan Islam termasuk Ikhwan Muslimin, kumpulan Salafi dan lain-lain seraya menguatkan dengan jelas bahawa “membunuh Basyar merupakan fardhu ain ke atas umat Islam hari ini”.


Sementara itu seorang lagi ulama’ terkenal dari Mesir Dr.Jamal Abdul Sattar yang merupakan Penyelaras bagi Kesatuan Pendakwah Mesir berpendapat bahawa “Jenayah Basyar yang membunuh puluhan ribu rakyatnya tanpa membezakan antara lelaki atau orang tua atau kanak-kanak seperti yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam di Palestin. Jelas Abdul Sattar lagi, tidak perlu menghormati orang yang zalim walaupun dia mendakwa dirinya masih Islam.




Lihatlah betapa sesatnya Bashar Asad. Manakan tidak, surah Al-Ikhlas ditukar sedemikian rupa dengan memasukkan namanya. Admin tidak boleh bayangkan kenapa masih ada yang mempertahankan rejim Bashar yang jelas telah sesat ini.

1 comment:

  1. Pening lihat perkembangan umat islam sekarang ini.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button