Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:14 0

“SAYA tak merajuk pun. Selepas menerbitkan filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami, saya sibuk dengan urusan kerja lain. Dalam masa dua tahun ini saya banyak berada di luar negara menguruskan perniagaan pelaburan saya di sana,” jelas Haliza Misbun yang disangkakan membawa hati berikutan filem terbitan syarikatnya, Big Production Sdn Bhd, kurang mendapat sambutan.


Kata Haliza lagi, dia sudah menjangka ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya dia selama ini.


“Sebenarnya saya tiada jawapan untuk menjelaskan kehilangan saya dalam industri ini, tapi apa yang pasti, saya tidak pernah merajuk. Saya juga tak kecewa dengan sambutan filem Andartu Terlampau kerana selepas filem itu ditayangkan di pawagam, ia sudah beberapa kali disiarkan di saluran TV dan sudah pun balik modal.

“Saya tak mahu terlalu memikirkan untung rugi menerbitkan filem itu kerana apa yang lebih utama, impian saya untuk menghasilkan filem menerusi syarikat sendiri dah tercapai. Saya rasa puas dan bangga sangat. Menerbitkan Andartu Terlampau adalah impian saya, justeru saya tidak fikir sangat apa reaksi yang saya dapat daripada penonton dan juga penggiat seni tanah air.





“Menerusi filem itu saya mahu menghapuskan pandangan yang agak kurang baik masyarakat terhadap mereka yang sudah mencapai usia anak dara tua (andartu).



Mereka ada cara sendiri untuk menguruskan kehidupan dan jangan menganggap andartu ini bernasib malang.

“Pergantungan dan pendapatan saya juga bukan terletak pada filem itu kerana selain syarikat produksi, saya ada mengusahakan perniagaan lain. Dengan keuntungan yang saya dapat, saya laburkan semula untuk mencapai impian saya menerbitkan filem dan kalau filem itu menjadi, ia adalah bonus buat saya.

“Saya buat filem mengikut apa yang saya mahukan dan sememangnya sukar untuk memenuhi kemahuan setiap orang. Sekarang filem itu dalam proses untuk ditayangkan di Budapest, Hungary,” katanya yang ditemui ketika penggambaran telefilem terbaru lakonannya, Persona Grata di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Di samping menerbit, Haliza turut berlakon dengan memegang peranan utama dalam filem itu, sebagai Nikki.

“Andartu Terlampau adalah filem terakhir lakonannya kerana katanya selepas itu dia tidak terasa untuk berlakon lagi kerana baginya suasana industri dulu dan sekarang, jauh berbeza.

Menurut Haliza, pelakon sekarang bagaikan tiada hala tuju dalam industri.

“Saya tengok mereka berlakon untuk suka-suka dan tidak bersedia.

“Dalam situasi hari ini juga saya tengok cukup senang untuk menjadi pelakon atau penyanyi.

“Sesiapa pun boleh jadi artis tanpa tahu sama ada mereka berbakat atau tidak.

“Apabila ada skandal, nama mereka akan ‘naik’.

“Keadaan itu menyebabkan saya tidak begitu gembira dengan industri hari ini.

“Antara lain juga lama tidak berlakon kerana saya memilih watak.

“Sebelum menerima sebarang tawaran berlakon, saya perlu pertimbangkan watak yang bakal diberi dengan sedalam-dalamnya dan sebab lain saya masih mahu berehat.

“Sepanjang pembikinan Andartu Terlampau, saya dan filem itu mendapat banyak publisiti dan saya sangat berterima kasih dengan media cetak dan elektronik kerana memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi.

“Setiap hari ada saja berita yang disiarkan mengenai filem itu termasuklah berita pasal saya.

“Oleh itu, saya mahu berehat seketika dan menumpukan pada perniagaan lain.

“Kemunculan semula saya dalam Persona Grata ini kerana saya tak ‘mampu’ untuk menolak pelawaan Abang Mohd Noor yang mahukan saya berlakon dalam telefilemnya.

“Kami berdua ada sejarah yang dikongsi bersama.

“Abang Mohd Noor juga amat memahami ‘siapa’ Haliza Misbun.

“Justeru, walaupun saya mahu berehat lagi tetapi saya terpaksa terima juga tawaran dari Kuasatek Pictures,” katanya.

Perkembangan lain, menerusi syarikat produksinya, Haliza menerbitkan program 13 episod khusus untuk lelaki yang dihoskan oleh pengacara baru berdarah campuran Melayu-Cina, J J Beh.

Program itu yang akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris itu akan akan memulakan rakaman pada Februari ini.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button