Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

22:11 0

MENYEBUT ‘reunion’ lazim�nya kita lebih mudah me�ngadakan majlis tertentu bagi mengumpul rakan taulan yang sama-sama menuntut di universiti, kolej dan sebagainya.

Agak asing dan payah untuk berjumpa rakan ketika bersekolah rendah. Sememangnya tidak mudah mencari kembali rakan lama bersekolah rendah kerana masanya begitu jauh.

Bagaimanapun, inilah yang dilakukan penyanyi Zur Eda, 46, bersama rakannya, Zalina Zain, mencari kembali kalangan rakan di sekolah rendah untuk memupuk jalinan ukhuwah.
Ketika ditemui, Zur Eda pernah diberi jolokan Sade Malaysia, berkata kian meningkat usia rindunya pada masa silam terutama zaman kanak-kanak semakin membuak-buak.




Menurutnya, sekalipun bukan mudah mencari kembali rakan-rakan sebayanya ketika belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Temerloh, tetapi dia percaya di mana ada kemahuan pasti niat baik itu mendapat pertolongan Tuhan.




“Saya bersekolah rendah di Jalan Temerloh dari 1972 hingga 1977. Apabila melangkah ke sekolah menengah, kami mula berterabur dan kemudian ada yang menuntut di universiti.
“Ikutkan saya nak berjumpa dengan semua rakan sekolah rendah tetapi mustahil, kerana ada di antara mereka sudah meninggal dunia, terbaru rakan kami itu ialah Allahyarham Tahir Ibrahim (adik penghibur Datuk Khatijah Ibrahim).
“Mereka yang ada harap dapatlah hubungi saya dan Zalina untuk kami mengumpul seramai mana rakan lama kami, manalah tahu pelbagai program boleh dilakukan,” katanya.
Menurut Zur Eda, pertemuan pertama dengan rakan sekolah rendah diadakan di KLIA penghujung tahun lalu dan kali kedua awal tahun ini di Istana Budaya (IB).
“Ketika di KLIA hanya empat orang saja hadir, di IB sembilan orang hadir. Pertemuan di IB buat saya sebak kerana kompleks itu dekat dengan sekolah lama kami,” katanya.
Pertemuan di IB kata Zur Eda buat dia teruja kerana menemukannya dengan rakan pelbagai bidang, polis, guru, media dua rakannya Dr Azar Azman dan Dr Wan Khairuddin Mohd Nadzam dari Lahad Datu, Sabah, turut hadir.
“Kami berbincang menziarahi guru-guru kami yang masih hidup. Insya-Allah dalam bulan ini kami nak ke Rembau bertemu cikgu Fatimah yang kini berusia 70 tahun” katanya.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button