Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:02 0

KETUMPULAN tindakan penyudah antara faktor utama kekalahan Selangor di tangan Felda United pada aksi ketiga saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput Melaka, kelmarin.


Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, kegagalan barisan depan mencipta gol selepas deretan peluang terhidang menyebabkan skuad itu pulang tangan kosong.




Menurutnya, tiada ertinya bermain cantik dengan hantaran menarik tetapi penyudah gagal dilakukan untuk mencipta jaringan. Sebaliknya, lawan hanya memiliki satu dua peluang namun mereka mampu mengutip tiga mata berharga membuktikan kesilapan tidak harus dilakukan pemain walaupun kecil.


“Gol yang dilepaskan akhirnya membuatkan kami kecewa tambahan pula barisan depan gagal menemui sasaran. Apapun persembahan pasukan tetap membanggakan namun beberapa kelemahan perlu diperbaiki menjelang aksi berdepan Sarawak, Sabtu ini,” katanya.




Sementara itu, bintang import bagi menggantikan Blaise Lelo Mbele masih belum diputuskan walaupun skuad Merah Kuning nyata amat memerlukannya bagi mempertajam barisan depan.




Menurutnya, keputusan itu diserahkan kepada pengurusan pasukan untuk menentukan pengganti bekas penyerang kelab Libya Al-Nasr Benghazi itu.



Sementara itu, pemain tengah kebangsaan Shafiq Rahim berkata, kegagalan menyempurnakan peluang merencatkan hasrat pasukan memburu mata.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button