Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:02 0

JURULATIH T-Team, Yunus Alif nyata geram dengan prestasi penyerang importnya, Zacharia Simukonda yang gagal mempamerkan aksi bermutu ketika pertemuan dengan Sabah di laman sendiri, malam kelmarin.


Menurut Yunus, pemain itu sepatutnya menjadi contoh kepada pemain lain untuk meningkatkan prestasi pasukan tetapi pemain dari Liberia itu jelas gagal menunjukkan tahap permainan yang dikehendaki.




“Bukan hanya dalam perlawanan malam ini (kelmarin) tetapi sejak tiga perlawanan lalu, pemain yang pernah bersama Perlis itu gagal memperagakan aksi bertenaga sebagai penyerang berbisa.


“Pada pertemuan dengan Sabah yang berkesudahan seri 0-0, Simukonda yang diharap memecah benteng lawan banyak kehilangan bola selain melorongkan hantaran tidak bermutu kepada rakan sepasukan.




“Akibatnya kita gagal mencatat kemenangan biarpun beraksi di gelanggang sendiri meskipun menguasai perlawanan. Justeru pertemuan dengan Terengganu, Sabtu ini, saya harap dia cergas dan kembali bangkit jika tidak mahu berada di bangku simpanan,” katanya.




Yunus yang pernah menjadi pemenang Kasut Emas pada 1984 juga mengingatkan pemain lain supaya tidak leka dalam aksi seterusnya biarpun kini masih menghuni tangga teratas liga.



Sementara itu, jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris berharap penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe terus menemui sentuhan dalam aksi seterusnya selepas berjaya mempamerkan persembahan mantap ketika berdepan Sarawak.




“Doe mempunyai sentuhan berbisa dan membuktikannya ketika menjaringkan gol kemenangan Terengganu dan saya harap dia terus mempamerkan aksi terbaik terutama apabila berdepan T-Team, Sabtu ini,” katanya.



Beliau juga mengingatkan pemain lain supaya mempamerkan persembahan bertenaga kerana saingan dalam membarisi kesebelasan utama skuad kini semakin sengit.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button