Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

09:06 0


AMPANG JAJAR - Misteri bau busuk yang dihidu peniaga gerai makan di kawasan Perumahan Ampang Jajar di sini, sejak beberapa hari lalu membongkar penemuan mayat seorang lelaki dalam kereta Perodua Kancil yang ditinggalkan di tempat letak kereta di kawasan perumahan itu, semalam.
Mayat lelaki dalam lingkungan umur 40-an yang sudah busuk dan hampir berulat itu ditemui dalam keadaan tertiarap di tempat duduk penumpang belakang dengan ditutupi beberapa gulung permaidani dan bingkai gambar.
Mangsa dipercayai berasal dari Pakistan ditemui beberapa peniaga yang ingin memulakan perniagaan bersebelahan tempat parkir kereta itu.
Peniaga nasi lemak, Mahyon Mat Saman, 45, berkata, dia dan rakan peniaga lain mula terhidu bau busuk sejak beberapa hari lalu tetapi tidak mengendahkannya kerana beranggapan ia berpunca dari tong sampah yang diletakkan di situ.
“Semalam bau busuk itu agak berlainan daripada biasa, kami berpakat untuk mencari puncanya.
“Kami kemudiannya terlihat sekujur mayat yang hampir reput dalam kereta yang diletakkan di situ sejak beberapa hari lalu lalu menghubungi polis,” katanya.
Peniaga minuman, Mat Saman Mat Taha, 42, berkata, parkir itu hanya dikhaskan untuk penghuni flat, tetapi beberapa hari lalu kereta Perodua Kancil putih yang tidak diketahui pemiliknya diletakkan di situ.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang ditemui berkata, sebaik dimaklumkan pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati satu mayat berbau dan hampir berulat.
“Kita juga mendapati mayatnya sengaja ditutupi dengan permaidani dan barangan lain untuk mengelak ditemui dan berdasarkan kesan darah kita tidak menolak kemungkinan ia menjadi mangsa pembunuhan,” katanya.
Bagaimanapun, pihaknya perlu menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti pemilik kereta terlebih dahulu sebelum dapat membuat sebarang keputusan berkaitan kes berkenaan.
Mayat kemudiannya dihantar untuk bedah siasat di Hospital Seberang Jaya.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button