Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

09:19 0


KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah digilis sebuah treler di kilometer 1.9, Lebuhraya Duta Hulu Kelang (DUKE) arah utara selepas Plaza Tol Sentul Pasar,di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam tiga petang itu, dipercayai bermula apabila penunggang motosikal tersebut bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum terjatuh ke atas jalan di lorong tengah lebuhraya.



Sumber berkata, sebuah treler yang mengekori dari belakang dipercayai gagal mengelak lalu menggilis kepala mangsa.



“Treler terbabit bagaimanapun tidak berhenti dan meneruskan perjalanan,” katanya.



Mangsa dikenali sebagai Haslihan Abdul Hadi, 34, dari Taman Maznah, Klang.



Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.



Saksi kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan - .Rakancop- 03-21159999



Kemalangan turut menyebabkan laluan lebuhraya ini sesak sepanjang kira-kira dua kilometer.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button