Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:51 0

TIDAK dinafikan sememangnya terdapat banyak lokasi unik dan menarik sedia untuk dijelajah di seluruh Asia seperti Bali, Jakarta, Bangkok, Phuket, Tokyo, Seoul dan Taiwan, namun pernahkah kita terfikir meneroka tempat-tempat lain yang mungkin kita terlepas mengenai kewujudannya?

Memasuki tahun 2012, satu program televisyen bercorak majalah dokumentari, Dunia Tersembunyi sudah mula ditayangkan di TV3 bagi meng�gantikan slot 360. Program yang menyingkap pelbagai kehidupan manusia dari gaya hidup luar biasa, sosio-ekonomi, destinasi pelancongan hingga keunikan budaya ini bakal membuka mata penonton terhadap aspek-aspek ini yang ternyata lain daripada kebiasaan.

Dunia Tersembunyi ini bakal membawa kita mengembara ke beberapa tempat menarik seperti Tana Toraja dan Pulau Lanjukang di Indonesia, Zhangjiajie dan Lijiang di China, Bijapur dan Solapur di India dan Manila (Filipina) untuk melihat sendiri keunikan masyarakat di situ.
Dalam setiap episod, pengacara selaku penerbit, Mohd Raziff Zulkafli serta beberapa kru produksi lain berkongsi pengalaman peribadi yang dilalui sendiri ketika menerokai demografi lokasi dan budaya masyarakat bagi setiap destinasi.




Dalam episod pertama yang disiarkan pada 4 Januari lalu, penonton didedahkan mengenai adat ‘Rambu Solok’ di Tana Toraja, sebuah kawasan pelancongan tercantik di Indonesia malah pelancong boleh merasai sendiri alam kubur Bukit Lemo dan Makam Gua Londa. Rambu Solok adalah satu upacara adat di mana mayat akan dirai selama seminggu dan pelbagai acara lain dijalankan seperti penyem�belihan kerbau.




Rambu Solok diiktiraf sebagai upacara adat paling mahal di Indonesia kerana menelan ratusan juta rupiah bagi menyempurnakannya. Ketika upacara, mayat akan diusung dan digoncang sebagai tanda kenangan terakhir sebelum disimpan dalam sebuah rumah khas.
Sesuatu yang berbeza, �penonton juga berpeluang menyaksikan sesuatu yang menarik di Bijapur dan Solapur yang lebih diingati sebagai ‘Agra �India Selatan’ dan ‘Bandar Tekstil Cadar’ iaitu tradisi melambung bayi. Walaupun kerajaan mengharamkan tradisi ini, namun segelintir �komuniti masih berpegang �teguh kepada kepercayaan �sejak 400 tahun dulu dan setiap tahun, hampir 1,000 bayi akan dilambung dari ketinggian 20 kaki rumah ibadat terpilih dan disambut dengan cadar.
Manakala, di Filipina, siapa sangka di tengah-tengah kota metropolitan itu, terdapat komuniti yang mendiami tanah perkuburan? Tanpa �menghiraukan stigma masyarakat dan suasana seram kawasan itu, bagi mereka, asalkan mempunyai tempat tinggal untuk meneruskan hidup, segalanya tidak mustahil bagi mereka.
Selama enam bulan penggambaran berlangsung, pastinya kisah-kisah yang boleh dianggap ‘gila’ dan asing daripada dunia realiti di zaman �serba moden ini seperti Tangisan Pengantin, Nasib Si Kerdil, Dunia Wanita, Pasar Cinta, Jantina Ketiga, Isteriku Isterimu, dan Waris Sabung, pastinya memberi dimensi baru kepada penonton.
Jangan lupa saksikan Dunia Tersembunyi yang menghimpunkan kisah-kisah misteri dan pelik sebanyak 13 episod, setiap Rabu pada jam 9 malam untuk merasai sendiri kehidupan masyarakat �‘tersembunyi’ ini.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button