Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:47 0

KEMAMPUAN melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Thomas menjadi persoalan utama skuad negara kali ini berbanding usaha membawa pulang trofi yang kali terakhir dimenangi pada 1992.


Pemain profesional KLRC, Muhd Hafiz Hashim yang kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan selain jaguh nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berkata inilah barisan terbaik untuk merealisasikan harapan negara di Macau 14 hingga 19 Februari ini.




“Inilah pasukan terbaik yang kita ada tapi saya akui bahawa barisan kali ini paling lemah dalam sejarah Piala Thomas,” kata Hafiz.


Pemain yang meninggalkan BAM sejak setahun lalu itu bagaimanapun berkata skuad yang diketuai Chong Wei tidak akan menyerah awal.




“Sekarang tempoh sukar buat badminton Malaysia. Kita bergelut dalam kempen Piala Thomas apa lagi berdepan kesukaran melepasi pusingan kelayakan yang menjadi agenda terbesar.




“Jika dibandingkan dengan kekuatan Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Thailand dan Taiwan saya berpendapat laluan kita amat sukar.



“Tapi kelemahan yang ada pada skuad kali ini mungkin boleh ditukar kepada satu motivasi buat setiap pemain untuk memberi aksi terbaik sekali gus melakukan kejutan ke atas pasukan pilihan lain,” kata Hafiz.




Berdasarkan senarai pemain perseorangan, skuad kali ini tidak jauh bezanya cuma ketiadaan pemain veteran Wong Choong Hann diganti Liew Daren manakala Muhd Arif Latif pernah terpilih dalam skuad 2008.



Justeru, aksi Piala Thomas kali ini adalah penampilan keenam buat Hafiz sejak kali pertama bersama skuad Piala Thomas pada 2002.




Hanya empat pasukan dari Asia akan melayakkan diri ke pusingan akhir di Wuhan, China Mei depan.




Sebagai antara kuasa besar badminton dunia, Malaysia tidak pernah terlepas aksi di pusingan akhir Piala Thomas, jika gagal kali ini pastinya menjadi satu sejarah hitam yang amat sukar untuk diluputkan dalam ingatan rakyat Malaysia.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button