Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:47 0

DATUK James Selvaraj minta media bertanya sendiri kepada Koo Kien Keat, siapa lagi jurulatih yang diperlukan pemain itu selepas gagal lari dari episod kegagalan ketika bergandingan dengan Tan Boon Heong, satu gandingan yang pernah mengejutkan dunia badminton.


“Kamu tanya sendirilah kepada Kien Keat siapa yang dia mahu. Mereka sudah dapat Pang Cheh Chang seperti yang diminta tapi masih berada di tahap sama,” kata bekas Pengarah Prestasi Tinggi BAM. James yang kini berkerja bersama Ng Chin Chai dan Leftenen Kolonel (B) Wong Ah Jit, namun apa yang dilihat sekarang prestasi gandingan terbabit semakin merosot.




Cheh Chang nampaknya bakal menjadi mangsa kepada gandingan ini seperti yang dilakukan ke atas Rexy pada Kejohanan Dunia lalu. Gandingan ini mungkin tidak pernah dipersalah tapi sampai bila jurulatih akan bersilih ganti.


Selepas tewas di pusingan kedua Terbuka Malaysia, Kien Keat dalam sidang media bersama Boon Heong mendakwa masih tercari-cari seseorang yang mampu membimbing mereka kembali ke prestasi terbaik.




“Saya masih mencari-cari orang yang boleh membimbing dan meningkatkan prestasi kami,” kata Kien Keat tiga hari lalu.




Sejak dilatih dan menempa kejayaan memenangi pingat emas Sukan Asia Doha 2006 bersama Rexy Mainaky, gandingan itu membuat kejutan dengan menegaskan tidak mahu lagi berlatih dengan pemenang pingat emas Olimpik Atlanta 1996 kerana menganggap permainan mereka tidak akan maju.



Justeru pada September lalu BAM memutuskan diketuai pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Ng Chin Chai mengikut kehendak mereka dengan ‘menghadiahkan’ gandingan terbabit kepada jurulatih idaman iaitu Cheh Chang tapi hingga kini Cheh Chang yang dibantu pemenang pingat perak Olimpik Sydney (2000) dan Athens (2004) Yoo Yong-sung juga masih gagal membaiki prestasi gandingan bintang ini.“Bagi saya sejak mereka merosot di bawah Rexy, tiada peningkatan hingga sekarang. Kami sebagai HPT perlu duduk semeja dengan jurulatih serta pemain untuk mencari kelemahan dan apa yang dimahukan pemain.




“Jika benar kita perlu lakukan perubahan, kita tetap lakukan untuk kebaikan di Olimpik,” kata James.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button