Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:46 0

TEMPOH pendaftaran pemain asing yang dilanjutkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga 13 Februari ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya setiap pasukan.


Penyerang import Selangor, Lelo Mbele bakal menjadi pemain asing pertama yang meninggalkan kancah Liga Super yang baru memasuki dua perlawanan.




Pemain kelahiran Congo itu dikhabarkan tidak cergas sepenuhnya ketika ditandatangani Selangor sebelum ini sehingga tidak boleh diturunkan ketika aksi menentang Negeri Sembilan dan Perak dengan Merah Kuning terpaksa bergantung kepada seorang saja pemain importnya, Ramez Dayoub yang beraksi di posisi pertahanan.


Pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menjelaskan pertimbangan secara serius sudah dilakukan demi kebaikan pasukan bagi mengharungi cabaran sengit musim ini.




“Besar kemungkinan kami akan mencari penyerang baru selepas terpaksa bergantung kepada kekuatan yang dimiliki barisan pemain tengah serta kapten pasukan, Mohd Amri (Yahyah) bagi menjana gol dan mencipta kemenangan dalam dua aksi awal.




“Bukan saja Selangor, malah saya lihat keputusan FAM melanjutkan tempoh pendaftaran bakal membuka peluang dan memberi manfaat kepada pasukan lain untuk membaiki pasukan agar tampil dengan lebih mantap,” katanya yang diletakkan sasaran untuk meraih satu piala buat Merah Kuning pada musim ini.



Selangor kini mengumpul empat mata dengan menewaskan Perak 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin hasil jaringan pemain tengah, Mohd Safiq Rahim selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 bertemu Negeri Sembilan.




“Saya berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan namun kami sepatutnya mendapat lebih banyak jaringan kerana mempunyai deretan peluang,” kata pengendali berusia 60 tahun itu.





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button