Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:53 0


SIAPA yang tidak gembira dapat menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali kelapan, namun pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengingatkan dirinya supaya berpada-pada meraikannya kerana musuh utama dari China tidak berdiam diri mencari formula baru untuk menafikan peluangnya meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik di London, Ogos depan.


“Saya tidak boleh terlalu bergembira, saya perlu berlatih lebih keras lagi selepas ini kerana China akan mencari jalan buat Lin Dan serta Chen Long mengatasi saya selepas ini,” kata Chong Wei.yang mengakui kembali memiliki keyakinan tinggi selepas mengatasi dua seteru utamanya dalam tempoh dua minggu.




Minggu lalu, Chong Wei menundukkan Lin Dan pada final Terbuka Korea dan minggu ini pula mengatasi Chen Long pada separuh akhir Siri Super Terbuka Malaysia sebelum menjinakkan Kenichi Tago dari Jepun 21-6, 21-13 di pentas final semalam.


“Saya tetap perlu melakukan persiapan lebih baik terutamanya dari segi taktikal dan corak permainan yang baru.




“Memang penutup tahun lalu kurang baik kerana beraksi dalam 14 kejohanan berturut-turut jadi saya harapkan lebih baik konsisten tahun ini Saya mungkin kurangkan beberapa kejohanan dan akan berbincang mengenainya bersama jurulatih,” kata Chong Wei. yang menganggap sambutan perayaan Tahun Baru Cina minggu depan adalah yang paling menggembirakan buatnya.




“Saya rasa kejuaraan tahun ini paling mudah diraih di hadapan penyokong yang saya anggap paling ramai hadir ke Stadium Putra di sepanjang saya beraksi di final.



“Mungkin Tago terlalu gementar di hadapan ribuan penyokong kita dan saya berterima kasih atas sokongan semua. 2012 satu angka yang cantik, saya berharap semoga ia menjadi tahun terbaik.” Dalam pada itu, Chong Wei menasihatkan pemain remaja yang menonton aksinya supaya belajar sesuatu terutamanya cara dia menangani tekanan di hadapan ribuan penyokong.




“Saya harap pemain remaja dapat rasakan apa yang saya rasa dalam gelanggang, bukan senang untuk berjaya tapi keinginan perlu ada dalam diri setiap pemain,” kata Chong Wei yang mencatat perjalanan hidupnya sehingga berjaya dalam buku “There To Be A Champions“ yang akan dilancarkan Rabu ini.



Pemain berusia 29 tahun itu menjuarai Terbuka Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut pada 2006-2006 terlepas gelaran pada 2007. Namun dia kembali menakluk Stadium Putra, Bukit Jalil dengan menjuarai empat edisi kejohanan sejak 2008 hingga 2012.




Kini pemenang pingat perak Olimpik 2008 itu menyamai rekod lapan kejuaraan milik legenda negara Wong Peng Soon yang muncul juara pada 1940, 1941, 1947 dan 1949 hingga 1953.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button