Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:05 0

‘ROAD show’ Anugerah Juara Lagu Ke 26 (AJL26) yang berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru, baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa di kalangan peminat dan pencinta muzik.


Khabarnya anggaran penonton mencecah 15,000 orang dan TV3 selaku penganjur harus diberi pujian diatas usaha menggerakkan program seumpama itu yang bukan saja mempromosi AJL26 sebelum menjelang hari bersejarahnya di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 29 Januari, tetapi juga mendekatkan artis dengan peminat.


Difahamkan, pusat beli-belah popular itu mulai dibanjiri pengunjung seawal pagi meskipun persembahan yang dihangatkan oleh barisan finalis AJL26 iaitu 3 Suara (Ning Baizura, Jaclyn dan Shila Amzah), Aizat, Alyah, Hafiz, Hazama, kumpulan Projek Pistol dan Ilusi hanya bermula sekitar jam 1.30 tengah hari.

Dimulakan dengan sesi beramah mesra, satu demi satu persembahan mantap bergema di segenap ruang legar pusat beli-belah yang sering menjadi tumpuan ramai itu.



Acara nyanyian dimulakan dengan persembahan tiga penyanyi cantik dan berbakat iaitu Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah yang terbabit dalam projek album 3 Suara.



Mereka menyampaikan lagu Di mana Di mana, Beribu Sesalan dan diikuti persembahan solo dari Shila yang menyanyikan single terbaru�nya, Patah Seribu.

Usai persembahan Shila, ia diteruskan dengan denda�ngan Aizat yang memetik gitar akustik melagukan bait-bait indah Sungai Lui nukilan abang kandungnya sendiri, Amar yang sejak mula lagi sudah dijangka akan menempah tiket akhir AJL26. Mana Oh Mana adalah sebuah lagi lagu yang diperdengarkan Aizat.

Alyah yang menggayakan gaun ‘torquise’ dan aksesori ikatan di kepala ala-ala turban melaungkan vokal mantapnya dengan lagu hitnya, Kisah Hati dan Kau Bisu.

Diikuti pemilik vokal bernada tinggi, Jaclyn Victor yang memukau dengan Jatuh Cinta dan Sedetik Lebih.

Lebih istimewa mengenai persembahan Road Show AJL26, kumpulan Ilusi yang pernah popular sekitar 90-an diundang untuk membuat persembahan Istimewa.

Mereka menyampaikan medley Segalanya Ku Terima dan Puisi Cinta (Ilusi), Inang Bujang dan Dara.

Pentas berganti tangan dan kali ini Hafiz pula menghiburkan penonton dengan menyampaikan lagu Ombak Rindu dan Awan Nano. Persembahan kemudiannya diteruskan lagu oleh Hazama yang memperdengarkan dua lagunya Cinta Teragung dan Simetri juga kolaborasi duet dengan penyanyi legend, Amy Search.

Bagaimanapun, persembahan paling menarik dan boleh dianggap eksklusif

buat pe�ngunjung apabila Hazama dan Aizat spontan mencetuskan idea untuk membawakan lagu Pokok bersama-sama.

Acara berlangsung selama dua jam itu merakamkan persembahan penutup yang mantap apabila Projek Pistol mengakhirinya dengan lagu Syurga dan Wanita Seluruh Dunia.

Sementara itu, sehari sebelum ‘showcase’ itu berlangsung semua finalis yang terbabit sempat mengikuti lawatan amal ke Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Mencoretkan serba-sedikit perkembangan persiapan AJL26 yang semakin rancak, malam kemuncaknya nanti bakal menyaksikan perebutan 11 artis berkumpulan dan solo seperti 3 Suara, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia & Monoloque, Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Latif dalam usaha mereka untuk menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 26.

Lebih dua dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) secara jelas dan telus bertujuan memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.

Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, elemen air telah

dipilih sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini.

Selari dengan arus pemba�ngunan dan prestasi industri muzik kita, irama dan alunan lagu bagaikan aliran air yang tidak pernah putus dan turut berubah mengikut perkembangan semasa di mana para penggiat muzik sentiasa mengambil inisiatif untuk mencuba elemen-elemen baru dalam berkarya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,

Ahmad Izham Omar, selepas lebih dua dekad penganjurannya, AJL terus mendapat perhatian dan kemunculannya bagaikan satu tradisi pemecah revolusi yang terus dinantikan setiap peminat muzik tanah air.

Ini terbukti berdasarkan sambutan menggalakkan AJL saban tahun dengan catatan jumlah peratusan penonton yang tinggi.

“Sudah menjadi matlamat kami untuk memastikan Anugerah Jura Lagu 26 terus diangkat sebagai acara yang berprestij dan pembuka tirai tahun 2012 yang hangat diperkatakan.

“AJL sering membawa konsep berlainan setiap tahun dan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-26, elemen air dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan di kemuncak acara gemilang ini.

“Pada malam berkenaan AJL26 akan diselang-selikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik serta persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam bukan sahaja kepada persembahan para finalis, segmen pembuka tirai dan interlude, malah boleh dilihat dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung,” katanya.

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 26 bakal menyaksikan gandingan hebat Faizal Ismail (FBI) dengan Cheryl Samad sebagai hos.

Lagi berita baik untuk seluruh peminat muzik tanah air, nantikan kemunculan

istimewa Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid yang bakal menyemarakkan per�sembahan pembuka tirai AJL26 manakala segmen interlude pula menampilkan gandingan tiga penyanyi muda yang kini hangat menempa nama menerusi bakat vokal luar biasa mereka iaitu Black, Azlan The Typewriter dan Hazama. Anugerah Juara Lagu 26 dicetuskan Celcom sebagai penaja rasmi.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button