Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:21 0


Gambar terkini Fasha Sandha, Nabil Raja Lawak dan Black Mentor di  Bandung. Mereka telah diundang bersama peminat ke Jakarta dan Bandung oleh POTO Travel dan Berita Harian sempena percutian Gemilang Bersama Bintang (GBB) bermula 13 hingga 16 Januari. Para finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ini telah terplih mengikuti percutian ekslusif GBB selama empat hari tiga malam.

Sudah enam musim peminat dan pembaca setia akhbar ini diberikan peluang keemasan bercuti bersama artis dengan rombongan paling awal oleh Erra Fazira ke Perth, Australia. Kemudian Raja Azura dan Que Haidar Bandung, Puncak dan Jakarta, Indonesia. Disusuli Fara Fauzana, Saiful Apek serta Dafi ke Bali. Kemudian Linda Onn, Mawi dan Diana Danielle melawat Singapura. Tahun lalu pula Lisa Surihani, Shaheizy Sam serta penyampai radio, Faizal Ismail, diundang bersama peminat ke Langkawi.

Selain pemenang ABPBH2010, peminat-peminat yang turut sama dalam percutian ini hanya dikenakan RM1,550 untuk layanan kelas pertama daripada POTO Travel & Tours Sdn selaku rakan penganjur bersama Berita Harian. Bukan hanya merangkumi tiket penerbangan dan penginapan di hotel selesa, kos pengangkutan dari satu lokasi ke lokasi lain dan makanan sepanjang percutian tidakperlu dirisaukan apabila segala-galanya di bawah urusan pengelola.



Jakarta dan Bandung terkenal sebagai destinasi beli-belah selain keunikan budaya masyarakatnya. Peminat hanya perlu membawa wang poket untuk tawar-menawar di syurga membeli-belah itu seterusnya menyediakan diri menempuh pengalaman indah bersama wajah-wajah popular. Aspek santai dan menghiburkan, inti pati percutian yang sudah menjadi sebahagian daripada tradisi penganjuran itu antara lain turut membawa anggota rombongan menyelami adat-resam serta budaya masyarakat serumpun.

Malah detik merehatkan diri sambil menikmati panorama menarik pasti berbeza daripada kebiasaan kerana inilah antara medan yang mendekatkan artis yang turut dicalonkan lagi dalam ABPBH 2011 dengan peminat mereka.

sumber gambar

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button