Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:15 0

ALOR SETAR - Pakatan Rakyat (PR) akan membentangkan satu skim gaji yang lebih baik dalam tempoh 60 hari bagi menggantikan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang kini diselubungi kontroversi dan ditangguhkan pelaksanaannya.
Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu memutuskan untuk menyemak semula SBPA.
Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu.
Naib Presiden Pas Datuk Paduka Husam Musa berkata, cadangan itu akan memberi lebih banyak peluang dan manfaat kepada kaitangan awam berbanding skim yang ditawarkan kerajaan.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu mendakwa SBPA yang banyak memberi keburukan kepada kakitangan awam perlu dimansuhkan sama sekali.
"SBPA bukan memberi pendapatan lebih tetapi menyebabkan penjawat awam makin miskin dan menanggung beban atau hutang akibat keadaan ekonomi semasa yang begitu membebankan.
"Tahniah kepada penjawat awam kerana membantah SBPA sehingga kerajaan terpaksa menangguhkannya bagi membolehkan kajian lanjut dilakukan," katanya ketika menggulung perbahasan pada Konvensyen PR Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.
Menurutnya, cadangan balas mengenai skim saraan untuk perkhidmatan awam akan mengmbil kira nasib dan kepentingan penjawat awam, terutama kumpulan pelaksana yang merangkumi 80 peratus daripada 1.4 juta kakitangan kerajaan.
“Berdasarkan kajian, SBPA lebih memberi keuntungan kepada pihak pengurusan atau pegawai atasan yang bilangannya begitu kecil.
“Ada juga guru yang hanya menerima kenaikan RM2.01 jika skim itu dikuatkuasakan.
“Ada kakitangan yang hanya menikmati kenaikan gaji sebanyak RM3.70 dalam SBPA berbanding Ketua Setiausaha Negara yang menerima hampir RM60,000," katanya.
Husam berkata PR akan mengkaji semula pelaksanaan skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dalam tempoh seminggu selepas mengambil alih pentadbiran negara di Putrajaya.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button