Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:26 0

LHDN tidak terlibat urusan pembayaran BR1M


19/01/2012 3:33pm


PUTRAJAYA 19 Jan. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak terlibat dalam urusan pembayaran program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebaliknya hanya membantu dalam aspek penerimaan dan pendaftaran borang-borang permohonan.


LHDN dalam satu kenyataan hari ini menyatakan mekanisme pembayaran untuk penerima di Selangor, Pulau Pinang Kedah dan Kelantan diuruskan oleh pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri masing-masing.


Pembayaran bagi negeri-negeri selain itu diuruskan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), menurut kenyataan itu.


Sebelum ini, LHDN menerima banyak pertanyaan daripada orang awam melalui talian pusat khidmat pelanggannya atau yang hadir sendiri ke pejabat cawangan LHDN berhubung mekanisme pembayaran itu.


LHDN menjelaskan, selepas ia mendaftarkan permohonan BR1M, maklumat itu akan disalurkan kepada pejabat SUK dan JPP.


"Dengan maklumat ini urusan pembayaran akan diatur oleh SUK atau JPP di mana surat makluman status permohonan BR1M akan dikeluarkan kepada semua pemohon termasuk yang tidak layak,” menurutnya.


Bagi pemohon yang layak, penyerahan baucar tunai dibuat oleh pejabat berkenaan mengikut kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dinyatakan dan bukan berurusan dengan LHDN.


Sehubungan itu, LHDN berharap penjelasan itu akan menghapuskan kekeliruan orang ramai. Bagaimanapun mereka masih boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-300-88-3010 untuk mengetahui status permohonan mereka selain hotline Kementerian Kewangan 1-800-222-500. - BERNAMA


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button