Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:26 0

Projek sambungan ERL di KLIA2 dijangka siap Oktober ini


19/01/2012 3:42pm


SEPANG 19 Jan. - Projek sambungan landasan laluan kereta api Express Rail Link (ERL) Sdn. Bhd. dari Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke terminal lapangan terbang baharu, KLIA2 dijangka siap sepenuhnya Oktober ini.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, bagaimanapun laluan ERL itu hanya boleh digunakan selepas KLIA2 siap sepenuhnya pada 2013 nanti.


"Projek ini kini sudah 25 peratus siap dan ia dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung bulan Oktober tahun ini, dan perkhidmatan sambungan ini akan dapat digunakan selepas KLIA2 mula beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek KLIA2 di sini. - BERNAMA


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button