Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:26 0

S. Subramaniam dibenar pulang selepas pembedahan


19/01/2012 3:49pm


KUALA LUMPUR 19 Jan. - Bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S. Subramaniam yang menjalani pembedahan otak November lepas dibenarkan pulang ke rumahnya di Jalan Gasing, Petaling Jaya semalam.


R. Balakrishnan, bekas setiausaha beliau yang juga kawan rapatnya berkata, keadaan kesihatan ahli politik veteran itu bertambah baik selepas mendapat rawatan fisioterapi di Pusat Perubatan Gleneagles Ampang, namun beliau masih belum boleh berkomunikasi.


"Keadaan beliau semakin baik, sudah boleh membuka mata, tangan dan jarinya juga boleh digerakkan tetapi masih tidak boleh berkomunikasi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata, doktor yang merawatnya memaklumkan Subramaniam dijangka hanya boleh mula berkomunikasi dan mengenali orang di sekelilingnya dalam masa satu hingga dua bulan lagi. - BERNAMA


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button