Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:26 0

Tak tahu pembayaran pendahuluan dibuat - Chee Heung


19/01/2012 3:54pm


KUALA LUMPUR 19 Jan. - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau tidak pernah mengetahui pembayaran pendahuluan bagi projek Restoran Awana di Dubai telah dibuat kepada LCL Interior.


Chor, 56, yang juga bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (Pempena) berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Pempena sejak beliau mula mempengerusikan mesyuarat itu pada 22 Februari 2007.


Naib Presiden MCA itu berkata, beliau juga tidak mengetahui Naib Pengerusi Eksekutif Pempena, Akit Sebli dan Ketua Pengawal Kewangan syarikat itu, Lim Khing Tai telah menerima dua surat, masing-masing pada 24 Jan dan 26 Januari 2007 daripada Pengarah Urusan LCL Corporation, Datuk Low Chin Meng.


"Saya juga tidak tahu Low telah menghantar surat bagi meminta wang pembayaran pendahuluan untuk projek Awana Dubai kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh saya,” katanya ketika disoal peguam Saseedharan Menon pada perbicaraan kes pecah amanah membabitkan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan bekas Ketua Pegawai Operasi Pempena, Mohammad Rosly Md. Selamat. - BERNAMA


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button