Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:26 0

Bantuan Buku 1Malaysia tidak pilih fahaman politik


19/01/2012 4:21pm


MELAKA 19 Jan. - Fahaman politik tidak pernah menjadi kriteria bagi pemberian baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar di institusi pengajian tinggi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.


Sebaliknya beliau berkata, ia seiring dengan semangat Gagasan 1Malaysia di mana nilai murni berpaksikan keadilan sosial dan prinsip penerimaan dalam masyarakat majmuk di negara ini menjadi teras utama, katanya.


"Pemberian baucar ini juga bukanlah satu bentuk rasuah kepada pelajar seperti yang didakwa oleh pembangkang sebaliknya ia merupakan tanggungjawab sosial kerajaan meringankan beban ibu bapa dan pelajar membeli buku,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan BB1M di Politeknik Melaka di sini hari ini.


Mohd. Ali berkata pelajar perlu bersyukur terhadap segala keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan sedia ada dalam memastikan keselesaan, kebajikan dan keamanan negara terpelihara berbanding dengan negara lain yang sering bergolak berpunca daripada ketidakstabilan politik. - BERNAMA


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button