Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:01 0

KETUMPULAN jentera serangan Selangor terus menghantui skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim selepas terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan pendatang baru Liga Super, Sarawak walaupun mendapat deretan peluang.

Masalah terbabit bagaimanapun bakal diatasi apabila Merah Kuning dijangka mendapat khidmat pemain import yang baru apabila beberapa penyerang luar negara bakal diuji minggu ini bagi menggantikan khidmat pemain bermasalah dari Congo, Lelo Mbele.



Berita gembira terbabit pastinya melegakan penyokong Merah Kuning terutamanya kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah yang kini menggalas tugas berat mengetuai jentera serangan.



“Kami mempunyai peluang namun ketiadaan sentuhan penyudah sekali lagi menghampakan. Mungkin minggu ini kami akan mendapat khidmat pemain import yang baru bagi menggegar gawang lawan,” kata pemain tengah yang diletakkan pada posisi penyerang musim ini.



Kegagalan pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin menyebabkan Selangor terus gagal mencari kemenangan kedua musim ini selepas empat perlawanan dengan meraih lima mata dan usaha mencabar kejuaraan semakin sukar ketika juara bertahan, Kelantan kini di puncak dengan 10 mata.



“Sarawak beraksi seperti Felda United yang menewaskan kami pada Selasa lalu. Pemain lawan terlalu ramai ketika bertahan menyebabkan kesukaran dan ruang amat terhad kepada kami untuk menjaringkan gol. Walau bagaimanapun kami perlu bangkit selepas ini,” katanya yang turut masih gagal meledak sebarang gol setakat ini.


Situasi bagaimanapun bertambah sukar untuk Selangor apabila terpaksa berkunjung ke Kuala Terengganu pada Sabtu ini menentang pasukan yang gagal ditewaskan mereka dalam empat pertemuan musim lalu, T-Team.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button