Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

01:01 0

PERASAAN terkilan tidak dapat disembunyikan pengendali Pahang, Dollah Salleh selepas skuadnya hanya seri 2-2 dengan Perlis pada perlawanan Liga Perdana, Jumaat lalu.

Menurut bekas pemain kebangsaan itu, beliau tidak menyangka kelebihan dua gol yang diperoleh skuad kendaliannya tidak bertahan sehingga membenarkan tuan rumah menyamakan kedudukan 2-2.



“Saya tidak boleh terima ketika mendahului 2-0, faktor cuai dan berpuas hati mengundang padah ketika tiga mata berada dalam genggaman.

“Keputusan ini begitu mengecewakan dan saya sememangnya terkejut dengan keputusan itu kerana hilang fokus di saat-saat akhir mengundang padah,” katanya semalam.



Pada perlawanan itu, Pahang mendahului 2-0 tetapi kealpaan tiga minit terakhir menyebabkan Pahang sekadar membawa pulang satu mata.




Namun, rekod tanpa kalah daripada empat perlawanan membolehkan Pahang mengungguli takhta Liga Perdana dengan 10 mata diekori rapat Tentera dengan sembilan mata manakala Polis (lapan mata).


Dollah berkata, keputusan seri itu juga diharap memberi pengajaran berharga buat pemain untuk lebih fokus sehingga wisel penamat.



Menurutnya, prestasi mantap iaitu rekod tanpa kalah harus dikekalkan untuk meletakkan Pahang berada kedudukan terbaik biarpun pasukan lain turut mempunyai misi masa.


“Saya harap perlawanan kelima memberi lebih kenyakinan dan keserasian serta persefahaman di kalangan pemain menunjukkan peningkatan,” katanya.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button